Saturday, June 22, 2013

Lalang dan Manfaatnya

Seringkali kita akan merasa resah apabila lalang telah mula menapak di halaman kita. Begitu jugalah dengan aku sebelum ni. Lalang telah menguasai lebih separuh daripada keluasan tanah yang ada, iaitu di halaman depan dan sisi kiri serta belakang rumah. Ingat rumah ada dikelilingi tanah best, rupanya terseksa bila lalang yang hidup dengan subur tanpa dibaja. Nak upah orang tebas pun satu hal jugak, pernah sekali kena tipu. Aku nak buat sendiri tak terdaya. Minta en suami tolong , kena tengok mood dia. Susah betul rasa, keliling rumah dah penuh dengan hutan lalang.
Sebahagian kecil lalang dihalaman rumah yang masih belum dibersihkan


Tapi semenjak aku mula berjinak dengan aktiviti menanam sayuran, aku mula menghargai lalang. Mungkin lalang yang tumbuh di halaman rumah aku adalah anugerah Allah yang begitu  bernilai. Hanya aku yang tidak tahu dan tak pandai menghargainya. Lalang-lalang yang dimesin dibiarkan kering dan boleh jadikan sungkupan untuk tanaman agar tanah tidak menjadi kering. Yang lainnya aku jadikan kompos, baja organik yang begitu bernilai pada tumbuhan. Aku terpaksa mencabut akar-akar lalang dalam tanah. Tapi aku buat sikit- sikit kadangkala dalam 1 meter persegi, penat ooo cabut akar lalang ni. Akhirnya bila dah besar kawasan yang dibersihkan daripada akar lalang , aku jadikan batas sayuran. Rasa lebih berbaloi daripada simen kawasan keliling rumah (Sebab dulu ada hajat nak simenkan aje tapi kewangan tak mengizinkan).

Tapak Kompos: Lalang yang dimesin dijadikan kompos
Kompos separa masak dijadikan sungkupan untuk menghalang tanah kekeringan. Anak pokok bendi emas dan bendi singa .
Teringat masa dulu, sewaktu menolong orang tuaku ke bendang. Dulu-dulu bendang diusahakan dengan cara tradisional bukan macam sekarang. Lepas rumput dibajak menggunakan tajak, rumput-rumput dikumpul sebaris-sebaris. Masa ni anak-anak ikan sangat banyak. Aku dan kakak-kakak aku suka menangguk(bahasa kami) anak-anak ikan ni menggunakan kelambu lama atau jaring. Anak -anak ikan sedap digoreng dengan serai dan bawang.

Lepas rumput-rampai dah layu, aktiviti melonggok dijalankan di bendang menggunakan sisir (kayu yang macam sikat kat hujung dia tu..). Kami la akan jadi mangsa menolong melonggok rumput-rumput ni. Longgokan rumput ni dibiarkan beberapa lama( hingga masam dan reput). Lepas tu longgokan ni dileraikan dan disebarkan keseluruh bendang. Kalau banyak sangat sebahagiannya akan diletakkan di batas. Sekarang ni barulah aku mengerti yang longgokan rumput tu merupakan baja organik untuk padi dibendang kami..OooH aku sungguh rindu suasana itu...Kutip buah pelam yang ditanam di batas bendang, korek ubi kayu, ubi keledek, jagung yang mak selalu tanam.Sauk anak-anak ikan...Kini bendang tidak lagi diusahakan macam dulu. Lebih mudah..

2 comments:

  1. meski semuanya sudah berlalu, memori itu masih basah dalam jiwa kitakan puan.Saya gembira membaca entry ini.Terimakasih berkongsi cerita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya memori kanak-kanak yg tak mungkin dilupakan. terima kasih.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...