Saturday, May 23, 2015

16 Mei

Tanggal 16 mei setiap tahun pasti merupakan hari yang ditunggu oleh para pendidik. Hari inilah mereka akan diraikan...walaupun hakikatnya yang meraikan mereka adalah mereka sendiri. Ada yang kata Hari Guru adalah hari syok sendiri. Rancang aktiviti sendiri, Main sendiri, tukar-tukar hadiah sesama sendiri...hihi..apapun asalkan insan yang bergelar guru tetap bahagia dan gembira.

Setiap insan yang bergelar guru pasti merasa gembira apabila menerima ucapan-ucapan daripada anak didik tercinta. Biarpun tanpa hadiah, cukup sekadar ucapan terima kasih sebagai menghargai guru, pasti cukup bermakna buat kami para pendidik. Aku juga tidak terkecuali merasai keindahan suasana itu. Indah apabila diri dihargai, disayangi dan diingati oleh insan-insan yang pernah bergelar pelajarku.

Semakin hari berlalu...semakin usia meningkat....semakin jiwa mudah tersentuh.... Tersentuh dengan kata-kata dan ucapan daripada anak didik. Lantas ingin aku coretkan di sini. Agar suatu hari nanti aku bisa singgah lagi, mengenangkan kenangan lalu. Mungkin waktu itu sudah tidak sama dengan waktu sekarang. Mungkin waktu itu insan yang mengingatiku sudah tidak seperti waktu sekarang. Mungkin yang ada sekarang tidak sama dengan yang akan datang... Jika umur masih panjang, jika keadaan masih mengizinkan..aku akan terus begini ..tanpa jemu terus mendidik anak bangsa. Aku bahagia melihat kejayaan mereka. Itulah hadiah paling bermakna buat insan yang bergelar GURU.

video
Inilah pertama kali aku mendapat hadiah yang lain daripada lain. Sebuah lagu yang diciptakan khas untukku..pasti menjadi ingatan di sepanjang hayat. Dalam keadaan tekanan menghadapi peperiksaan awam, masih sempat lagi mencipta lagu. Aku rasa bersyukur dan terharu atas pemberian ini. Terima Kasih anak didikku. Semoga beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Semoga dirimu sentiasa dalam rahmat Allah. Terima kasih Allah kerana menemukan aku dengan anak ini... darinya aku lebih menghargai kehidupan.

Aku selitkan juga kata-kata yang paling menyentuh hatiku. Biarpun mereka ini daripada kaum yang berbeza denganku, namun rasa hormat dan kasih pada guru menjadikan aku sangat terharu. Terima kasih semua....


Saturday, May 9, 2015

DoaKu UntukMu...

Bertahun blog ni bersawang. Lamanya tak update. Sibuk sangat kot...hmmm.. kadang-kadang  lupa ada blog. Tapi bila rindu kisah lama tentang kucing, tentang resepi, tentang students, tentang kebun main-main...di sini juga tempat yang aku cari. mengimbas kembali sejarah yang telah dilalui.

Sekarang tengah sibuk..sibuk nak exam . STPM penggal 2 bakal menjelang beberapa hari saja lagi. Aku risau, susah hati... bila fikirkan bagaimana soalan yang akan keluar nanti. Dapatkah mereka menjawab dengan baik??.. Namun aku hanya mampu berdoa agar anak-anak didik yang dikasihi dapat menghadapi peperiksaan ini dengan tenang, menjawab setiap soalan dengan baik dan menepati kehendak skema pemarkahan..

Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khaliq, Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintahMU. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmuMu, lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujianMu dan berkatilah mereka dengan rahmatMu....Aaminn Ya Rabbalalamin...

Makan tengahari

Latihan graf...

6CA2 2015

Semoga diberkati usaha ini...
Wajah-wajah keceriaan... Semoga beroleh Kecemerlangan.

Sunday, September 29, 2013

Resepi dari Kebun

Hasil Tuaian

Hasil Masakan

Saturday, September 14, 2013

BUAH MELAKA BUNGA TELANG

Bunga telang yang ditanam sedang galak berbunga. Setiap hari ada saja hasilnya. Kadang-kadang aku kutip dan simpan dalam tuppaware dan diletakkan di dalam peti ais. Kadang-kadang pula aku kutip dan beri pada 2 ekor anrnab anak2ku yang pasti melompat-lompat bila nampak kita dekat pokok bunga telang. Arnab2 itu sungguh suka daun dan bunga telang. Pasti tak tolak punya..

Oleh kerana bunga yg banyak dlm wishlist nak buat sirap bunga telang, serimuka bunga telang, nasi kerabu tapi semua belum terlaksana lagi. Hari ni ada mood nak buat buah melaka. Jom try guna bunga telang. Selalu buah melaka warna hijau kali ni kita makan buah melaka warna biru-purple pula.



Bahan-bahan:
1cawan tepung pulut
15 kuntum bunga telang
air secukupnya.
gula melaka
kelapa parut
garam.

Cara-cara:
1. Bunga telang dibersihkan, buang tangkai. Masukkan dalam bekas dan sedikit air. Gunakan sudu, lenyek2 sehingga warnanya keluar.
2. Masukkan tepung pulut dalam bekas bersih. Masukkan air bunga telang sehingga menjadi doh yang cantik.
3. Bentukkan bulat kecil dan masukkan gula melaka didalamnya. Susun dalam dulang yang telah ditabur dengan tepung terlebih dahulu (supaya doh tidak pecah )
4. Didihkan air secukupnya dalam periuk, apabila air mendidih  masukkan buah melaka yang siap tadi.
5. Apabila bebola timbul, angkat dan sejatkan. Hiaskan dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.

Thursday, September 12, 2013

Sunday, September 8, 2013

MUsim Hujan: Sayur Ceria aku Gembira

Sekarang ni musim hujan. Boleh kata setiap hari hujan. Hujan rahmat menjimatkan , bekalan air free dari pencipta. Tak risau tanaman kehausan.

Tanaman KObis mula  menghasilkan bebola yang cantik.
Kobis,.. sungguh gembira bila tengok membentuk bola yang cantik wp ada juga yg musnah oleh ulat
Kobis dan kobis

Sebahagian tomatoku..
Tomato mula merah..
Labu manis venus...hanya sebiji jer yg sempat membesar.
Bunga telang...kegemaran arnabku

Bunga kemboja cina yang tumbuh sendiri di tepi kebun..

Tuesday, August 20, 2013

Tomatoku dan tomatomu

Di awal penglibatan aku dalam berkebun kecilan ni aku mula dengan tanaman timun jepun, kobis dan tomato. Timun jepun dah banyak kali merasa hasilnya. Kobis pula baru merasa daunnya. Bebolanya baru mula terbentuk.

Harini nak tunjuk perkembangan tomato pula. tomato dah mula berbuah. Ada lebih kurang 6 pasu/polibeg. Ada yang berbuah lebat , ada yg kurang ada yang baru berbunga. Aku juga ada beri satu polibeg tomato pada rakan sekerja. Tapi tomato dia yang dulu berbuah( dia letak baja buah)..Aku kononnya nak biar semua organik..

Tomato rakan aku yg aku bagi pokoknya...dah masak la..(jelesnya)

Tomato aku yang baru nak membesar

Bila nak masak ni...harap sihat semuanya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...