Showing posts with label anak-anak. Show all posts
Showing posts with label anak-anak. Show all posts

Saturday, February 27, 2010

Manusiakah itu???

Sekali lagi kita didedahkan dengan kisah yang menyayat hati. Kisah penderaan kanak-kanak, adik Syafia Humairah. Di manakah sifat-sifat kemanusiaan seorang insan yang sanggup menendang dan mendera insan kerdil yang tak berdosa dan tak mampu membalas balik perbuatan itu. Peringatan kepada kaum ibu dan aku sendiri peliharalah anak-anak dengan baik kerana itu adalah amanah dari Tuhan. Ya Allah, Kau tempatkanlah adik Syafia bersama orang-orang yang beriman, cucurilah rahmatMu ke atasnya.

Tak sanggup rasanya membaca dan melihat kisah ini didedahkan di media..Manusia sekarang sudah hilang pertimbangan akal warasnya. Dari kisah pembuangan bayi, penderaan kanak-kanak, bunuh ayah, tikam isteri dan macam-macam kisah yang menunjukkan betapa hilangnya sifat manusia pada seseorang manusia..ahh bukan manusia lagi kalau syaitan sudah menakluki hati dan fikiran. Ya Allah, Kau berilah balasan yang setimpal dengan perbuatan yang dilakukan oleh manusia sebegini agar memberi pengajaran buat dirinya dan insan lain..

Adakah peristiwa sebegini menandakan kita sudah dipenghujung jalan?? Manusia tiada sifat insani lagi. Dosa dan maksiat di sana sini. Aku sangat takut...takut pada azab Allah. Takut untuk melihat anak-anak membesar dalam dunia sekarang. Ya Allah , Kau lindungilah keluargaku dari sifat-sifat syaitan ini, peliharalah anak-anakku dalam landasan agamaMu yang suci.


Friday, February 19, 2010

Awasi Anak2 Kita

Sedih bila baca berita tentang kanak-kanak yang mati lemas dalam baldi. Sebagai seorang ibu cerita macam ni memang sangat menyentuh perasaan, apatah lagi mangsa adalah kanak-kanak kecil. Sekadar nak berkongsi cerita dan pesanan pada diri sendiri agar sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak.
Kadang-kadang kita terleka dan lupa bahawa anak-anak kita sangat aktif dan suka mencuba segalanya. Memang soal ajal maut ditangan Tuhan tapi kita juga harus sentiasa berwaspada. Andaikata segalanya telah dilakukan dengan baik dan terjadi juga perkara tak baik, tentu ada yang lebih baik buat kita...Allah yang lebih mengetahuinya...apa pun takziah untuk keluarga kanak-kanak tersebut dan pada ibu bapa yang lain moga ianya menjadi pengajaran buat kita agar sentiasa mengawasi anak-anak..

Saturday, February 6, 2010

IBU RATU HATIKU...



DARI PUTERI HATIKU NUR NABEEHA...

Sunday, December 20, 2009

Sawan Demam Panas

Terbaca artikel ni kat berita harian online, rasa nak share juga pada sesiapa yg ada anak kecil. Anak2 ni kerap demam jadi kalau diaorang demam kena sentiasa berwaspada. 2 orang drp 4 orang anak aku pernah kena sawan demam ni. Time mula2 kena tu memang panik. Yang no. 2 tu sekali jer jadi tapi Iman jadi berulang..paling risau bila dia demam terpaksa berjaga-jaga..

Nasihat aku pada parents pastikan di rumah anda ada simpanan paracetamol syrup or seangkatan dengannya. Pastikan ada termometer, dan kalau boleh simpan cool fever sekali ye la untuk membantu menurukan suhu badan. Satu lagi kalau perlu simpan juga ubat yang masuk ikut punggunng tu(ada kaler hijau) namanye aku x ingat..tapi hati-hati sebab ada juga paracetamol yg cucuk ikut punggung (plastik dia kaler putih semua) bukan apa takut korang terbagi terlebih dos paracetamol lak...Aku bagitau pasal doktor dah inform kat aku...Ubat ni gunanya bila dah makan paracetamol tapi selepas 2jam suhu masih tak turun dan masih tinggi melebihi 38 baru bagi..kalau tak pasti tanya kat doktor atau ahli farmasi..

Oh ya kalau anak anda dah di serang sawan ni nak buat apa???..first sekali cuba bertenang dan jangan panik...(mau tak panik kan..) tapi cuba la..bila anak demam jangan pakaikan baju..sentiasa jelum dengan air suam(bukan panas)..kalau dia dah jadi jugak mengiringkan dia dan basahkan kepalanya dengan air..banyak2 pon x per..badan dia sekali..kalau terpaksa boleh mandikan terus sampai dia bersuara...pastu selimutkan(sbb dia pasti menggigil)..tapi jgn selimut terus sbb suhu boleh meningkat balik..pastu bawaler ke hospital terdekat.. itu informasi yg aku dapat share kat sini berdasarkan pengalaman yg aku lalui sebagai seorang ibu...ingat KESIHATAN ADALAH SEGALANYA!kat bawah ni ada info berkenaan sawan demam panas yg aku copy paste dari berita harian online

Sawan demam panas

Oleh Hafizah Iszahanid




Jenis biasa atau kompleks kerap dialami kanak-kanak berusia 18 bulan hingga tiga tahun

DEMAM di kalangan kanak-kanak sememangnya masalah yang kerap dihadapi. Namun, apa yang membimbangkan, peningkatan suhu badan yang tinggi secara mendadak boleh menyebabkan sawan demam panas.

Masalah ini secara umumnya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia antara enam bulan hingga enam tahun. Bagaimanapun ia lebih kerap berlaku di kalangan kanak-kanak berusia 18 bulan hingga tiga tahun. Pensyarah Kanan dan Pakar Pediatrik, Jabatan Pediatrik, Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia Dr Mohd Rizal Mohd Zain berkata sawan demam panas berlaku disebabkan oleh peningkatan suhu badan yang mendadak.

Ia boleh disebabkan oleh sebarang penyakit yang boleh menyebabkan demam seperti demam selsema, jangkitan telinga, jangkitan salur kencing, jangkitan virus dan lain-lain.

"Faktor genetik juga turut mempengaruhi. Dalam 24 peratus daripada kes sawan demam panas didapati mereka mempunyai sejarah keluarga mengidap masalah yang sama," katanya.

Dr Rizal berkata, dalam kebanyakan kes, sawan demam panas ini hanya berlaku sekali saja. Bagaimanapun 30% kanak-kanak yang terbabit akan mengalami serangan yang kedua dan kurang dari 10 peratus akan mengalami serangan yang ketiga atau lebih apabila demam itu berulang pada masa hadapan.

Sawan demam panas boleh dibahagi kepada dua iaitu sawan demam panas biasa dan sawan demam panas kompleks. Bagaimanapun, sawan demam panas biasa adalah yang paling kerap berlaku iaitu lebih kurang 70 peratus daripada semua kes sawan demam panas. Kanak-kanak yang mengalaminya akan diserang demam dengan mukanya kelihatan kemerahan dengan matanya melihat ke atas atau terbalik.

"Mereka kelihatan lali dan tidak sedarkan diri. Keseluruhan badan akan kejang dan kemudian bergoncang terutama pada bahagian kaki dan tangan. Biasanya ia berlaku untuk untuk beberapa saat saja dan jarang sekali melebihi tempoh lima minit," katanya.

Selepas serangan itu, kanak-kanak itu tertidur dan akan kembali pulih sejam selepas itu diikuti suhu badan yang mulai menurun. Ia juga tidak akan berulang dalam masa 24 jam.

"Sawan demam panas kompleks pula mempunyai gejala yang sama seperti sawan demam panas biasa tetapi mempunyai satu atau lebih ciri tambahan seperti jangkamasa sawan lebih dari 15 minit, berulang lebih dari sekali dalam masa 24 jam, pesakit tidak pulih semula selepas satu jam dan sawan yang berlaku hanya membabitkan sebahagian anggota badan saja," katanya.

Dr Rizal berkata rawatan sawan demam panas cuma memerlukan rawatan sokongan bagi memastikan demam terkawal.

"Selalunya ubat demam seperti 'paracetamol' dan 'ibuprofen' perlu diberi secara berkala. Jika suhu badan terlalu tinggi, membasahkan kepala (berjelum) boleh dilakukan bagi menurunkan suhu badan," katanya.

Biasanya antibiotik hanya diberikan jika demam yang berlaku disyaki berpunca daripada jangkitan bakteria. Bagi kesan jangka panjang, sawan demam panas ini tidak membahayakan dan majoriti pesakit pulih sepenuhnya. Kajian juga menunjukkan masalah ini tidak menyebabkan kerosakan pada otak dan tidak menjejaskan pencapaian akademiknya.

Kejadian sawan demam panas ini biasanya akan hilang apabila kanak-kanak mencapai umur enam tahun. Siasatan lanjut dan penilaian oleh pakar neurologi perlu dibuat jika ia masih terus berlaku walaupun kanak-kanak itu sudah berusia lebih enam tahun.

INFO: Pencegahan Sawan Panas

  • Jika anak demam, usaha turunkan suhu badan dengan segera dengan memberi ubat demam selain berjelum.
  • Ubat demam boleh diberi secara berkala mengikut dos ditetapkan doktor.
  • Pastikan juga anak anda meminum air yang cukup dan elak memakai pakaian tebal.
  • Suhu badan hendaklah sentiasa diperhatikan untuk mengelak peningkatan yang mendadak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...