Wednesday, February 17, 2010

Kek Pisang Marble

oleh kerana pisang pemberian pak aku haritu masih banyak lagi (pisang berangan) dan anak2 aku pun dah tak mau makan maka aku pun cuba reka masakan yang dah biasa sangat iaitu kek pisang . Cuma aku buat variasi sikit dengan buat belang 2 ala kek marble gitu. Kalau nak cuba boleh cuba...member kat sekolah dah rasa...

Resepinya:
5 biji pisang dilecek (pisang apa pon boleh)
1 ketul butter(250g)
1 1/2 cawan gula kastor
4 biji telur ayam
2 cawan tepung diayak bersama 1 sudu kecil soda bikarbonat/baking powder
1 sudu besar serbuk koko

Cara-caranya:
1. Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul
3. Masukkan tepung yang diayak, gaul sebati
4. Bahagikan adunan 2 bahagian, 1 bahagian masukkan serbuk koko.
5. Masukkan adunan selang seli ke dalam dulang pembakar.
6. Bakar pada suhu 180 degree selama sejam / sampai masak
selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...