Showing posts with label resepi aku. Show all posts
Showing posts with label resepi aku. Show all posts

Saturday, September 14, 2013

BUAH MELAKA BUNGA TELANG

Bunga telang yang ditanam sedang galak berbunga. Setiap hari ada saja hasilnya. Kadang-kadang aku kutip dan simpan dalam tuppaware dan diletakkan di dalam peti ais. Kadang-kadang pula aku kutip dan beri pada 2 ekor anrnab anak2ku yang pasti melompat-lompat bila nampak kita dekat pokok bunga telang. Arnab2 itu sungguh suka daun dan bunga telang. Pasti tak tolak punya..

Oleh kerana bunga yg banyak dlm wishlist nak buat sirap bunga telang, serimuka bunga telang, nasi kerabu tapi semua belum terlaksana lagi. Hari ni ada mood nak buat buah melaka. Jom try guna bunga telang. Selalu buah melaka warna hijau kali ni kita makan buah melaka warna biru-purple pula.



Bahan-bahan:
1cawan tepung pulut
15 kuntum bunga telang
air secukupnya.
gula melaka
kelapa parut
garam.

Cara-cara:
1. Bunga telang dibersihkan, buang tangkai. Masukkan dalam bekas dan sedikit air. Gunakan sudu, lenyek2 sehingga warnanya keluar.
2. Masukkan tepung pulut dalam bekas bersih. Masukkan air bunga telang sehingga menjadi doh yang cantik.
3. Bentukkan bulat kecil dan masukkan gula melaka didalamnya. Susun dalam dulang yang telah ditabur dengan tepung terlebih dahulu (supaya doh tidak pecah )
4. Didihkan air secukupnya dalam periuk, apabila air mendidih  masukkan buah melaka yang siap tadi.
5. Apabila bebola timbul, angkat dan sejatkan. Hiaskan dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.

Saturday, July 20, 2013

Tuaian dan Menu Iftar Hari Ini: Tauhu sumbat n salad

Alhamdulillah dah masuk 11 hari kita berpuasa. Dalam bulan Ramadhan ni kurang sikit masa untuk update blog. Mana nak sediakan juadah berbuka, nak siram tanaman pun kena curi-curi masa. Time cuti pulak terpaksa siapkan tempahan jahitan baju kengkawan, nanti tak beraya pulak dia orang...

Hari ini intai salad dah makin meninggi walaupun selalu juga petik buat ulam dan sebagainya. Boleh ambik lagi untuk buat tauhu sumbat hari ni..

Salad yang segar...emmm


Tauhu sumbat dan kuah kacang


Tauhu Sumbat:

5 ketul tauhu digoreng dan potong dua (belah tengah)
segenggan taugeh dicelur
timun dihiris nipis
beberapa helai salad
karrot dipotong nipis (aku tak letak kali ni sbb tak ada stok)

# sumbatkan ajer sayuran tu dalam tauhu tu...hehe

Kuah Kacang:
6-7 tangkai cili kering * (dibasuh dan toskan)
4 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
sedikit belacan*
1 cawan kacang  tanah digoreng
3 sudu makan gula merah
2 sudu makan gula pasir
1 keping asam keping
garam
1 batang serai diketuk
sedikit minyak

Caranya:
  1. Bahan bertanda * digoreng hingga wangi dan kisar halus.
  2. Lepas tu aku goreng kacang pulak dalam baki minyak tadi. Kisar kasar kacang  yang telah digoreng.
  3. Tumis serai hingga naik bau. Masukkan bahan 1 yang dikisar. Kacau seketika.
  4. Masukkan kacang yang dikisar. Masukkan sedikit air.
  5. Masukkan asam keping, gula merah, gula pasir dan garam secukup rasa.
  6. Biar mendidih dan pekat. Tutup api. Sedia untuk dihidang.

Wednesday, June 19, 2013

Salmon Grill with Chimichurri Sauce: Menghargai herba


Salmon Grill dan sos Chimicurri, bersama side dish: Garlic Parsley Potato & Sayuran
Hari ni nak kongsi resepi salmon pulak. Resepi ni en suami yang rajin masak, aku rajin makan jer. Sesiapa yang nak diet bagus makan ikan salmon ni sebab kandungan kalori yang rendah. Ikan Salmon juga kaya dengan Omega 3 baik untuk perkembangan otak jadi memang sesuai dijadikan hidangan seisi keluarga tapi tak boleh selalu makan nanti ada side effect....apa tu...kesannya kepala mungkin boleh botak kalau selalu makan ikan salmon kerana harganya yang mahal. Sepotong besar macam dalam pinggan tu lebih kurang RM12.00 di Jusco yang mentah ler...

Resepi Salmon Grill:
  • Ikan Salmon (Fillet) dibasuh bersih, buang tulang dan lap kering.
  • Sedikit lada hitam dan garam ditabur atas salmon tadi.
  • Sedikit minyak zaitun dilumur pada ikan salmon.

Grill ikan salmon atas pemanggang ajaib atau kuali leper. Balikkan bila dah garing jer. Jangan kerap balikkan nanti hancur. Kulit Salmon yang garing sungguh lazat...

Resepi Sos Chimicurri:
  • 4-5 tangkai daun oregano segar
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • 2-3 tangkai daun thyme segar
  • 2 tangkai daun italian parsley
  • 3-5 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan jus lemon
  • sedikit garam
  • 1/4 cawan minyak zaitun
Tumbuk semua herba dan bawang putih. Masukkan jus lemon,  minyak zaitun dan garam. Sedia untuk dihidangkan. Selain enak dimakan bersama Salmon, sos ini juga enak dimakan bersama beef steak.
Kadang-kala kami juga makan salmon grill bersama sos chimicurri dan sos lemon bersama. Cara buat sos lemon amat mudah iaitu campurkan perahan lemon, air, minyak zaitun dan garam dalam botol. Goncangkan. Tuang pada Salmon grill tadi. Rasa masam lemon sungguh kena dengan Ikan Salmon..

Oregano

Ketumbar/coriander

Thyme


Wednesday, October 17, 2012

Bingka Biskut Cap Ping Pong...


        Hahaha.. hari ni buat bingka a.k.a bengkang lagi. Agaknya bila usia dah meningkat ni citarasa pada kuih-kuih tradisional pun meningkat kot, kiranya berkadar terus dengan peningkatan usia kita. Betul ke teori aku ni...entah la..tapi aku rasa tu yang terjadi pada aku. 
        Waktu kecik dulu mak selalu buat kuih-kuih ni...bingka ubi, lepat pisang, lepat labu, tepung bungkus, tepung talam, talam ubi, talam pisang, apom pisang, apom, bingka gandum yang ada tumisan bawang goreng atasnya...(waa...teringat2 rasa bingka tu memang sedap) tapi dulu-dulu aku tak la suka sangat makan kuih-kuih ni..Dah tua-tua ni(ye ke) dok teringat pulak..Memang mak aku pakar masak semua kuih ni..tapi tak pula aku..hehe sebab aku rasa kuih tradisional ni rumit/leceh nak buatnya... rupanya taklah rumit sangat..
      Entry kali ni banyak membebel pulak yer...selalu tulis resepi jer.. Kali ni aku cuba buat bingka biskut cap ping pong yang popular tu.. Biskut tu kan lemak2 dan sedap dicicah dengan air teh o panas diwaktu petang ketika hujan sedang turun...haa...melalut sudah.. Biskut petak 4 segi sama tu la ..Jom la kita tengok resepinya


ni la biskut yang femes tu(gambar from en. google)
    
Bingka Biskut Cap Ping Pong
15 keping biskut cap ping pong -dikisar halus (biskut apa pun boleh guna, aku guna yang ni sbb dah ada kat rumah)
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula (kurangkan 1 sudu)
4 helai daun pandan (hiris halus) + 250ml air (kisar dan tapis)
500 ml santan @susu cair (aku guna cooking cream- dalam peti ais ada tu jer)
3 biji telur
sedikit garam
sedikit pewarna hijau (dah buat perisa pandan kena la taruh warna hijau...warna ni terpulang pada perisa apa yang kita nak...buat original tak payah ler bubuh daun pandan)
sedikit bijan untuk hiasan

Cara membuatnya:

  1. Gula , garam, telur , tepung dan separuh santan (kalau semua takot tak muat blender tu) masukkan dalam blender dan blend hingga halus.
  2. Dalam bekas lain, masukkan biskut yang telah dikisar halus tadi. Kemudian masukkan bancuhan tepung yang diblend dan baki santan. Kalau nak tekstur yang lebih halus bolehlah kisar serbuk biskut bersama adunan tepung. Aku asingkan sebab biar ada rasa tekstur biskut sikit.
  3. Masukkan jus pandan dan pewarna hijau. Kacau rata. Tuangkan ke dalam acuan yang telah digris dengan mentega/marjerin dan tepung (ketuk lebihan tepung).
  4. Tabur bijan diatasnya. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C. Bakar lebih kurang 1 jam atau hingga masak. Lepas masak aku guna fungsi toast untuk garingkan permukaan atasnya. 
  5. Biarkan sejuk baru dipotong.

ni tak sabar nak tunggu sejuk..sebab tu la rupanya tak cun..

Saturday, October 13, 2012

Bingka Ubi Kayu

Terima kasih pada akak jiran sebelah rumah bagi ubi kayu. Nak cuba buat bingka ubi ler...

Tada...
Inilah rupa bingka ubiku yang dah siap dimasak....

 Jom tengok resepinyer:

  1. ubi kayu diparut - 1kg
  2. gula - 1 1/4 cawan
  3. santan - 2 1/4 cawan (aku campur 1 1/4cwn santan dengan 1 cwn susu cair...nak kurangkan lemak...hehe...)
  4. secubit garam
  5. 1 sudu mentega/marjerin
  6. pewarna kuning

Cara-caranya:
  1. Ubi yang diparut tu disejat. Air ubi tu dibiarkan seketika sehingga ia mendap, buang airnya dan kanjinya warna putih tu masukkan balik dalam ubi parut.
  2. Campurkan santan, gula dan garam dalam bekas lain. Kacau hingga gula larut. Aku kacau atas api dan masukkan daun pandan nak bagi wangi. Bila gula dah larut masukkan mentega hingga cair. Tutup api dan biar seketika.
  3. Masukkan campuran santan tadi dalam bekas ubi parut, kacau sebati kemudian masukkan sedikit warna kuning. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan dalam loyang yang telah disapu mentega. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 1jam 30 minit.
  5. Sejukkan dan potong....siap untuk dimakan...

Saturday, May 19, 2012

KEK KARAMEL PELANGI



 Tiba-tiba jer mood nak masak datang pulak..
Hari ni try buat kek puding pelangi..
Sumber resepi daripada sini  

bagi sesiapa yang ingin mencubanya bolehlah klik link di atas kerana cara-caranya diterangkan satu persatu dengan jelas sekali.....
pasti menjadi...
terima kasih pada tuan punya blog..

Jom layan....
 Pasti enak dan nyaman bila dimakan sejuk...(dari peti ais)




Friday, September 9, 2011

Nasi Udang..



Hari ini baru beli periuk tekanan Noxxa from Amway.. Jadi teruja nak try masak ler...cari-cari resepi jumpa resepi nasi Udang ni...best juga rasanya..Anak-anak pun suka..

Jom tengok resepinya:

1/2 kilo udang segar buang kulit dan belah belakang (supaya nampak ayu gitu..)
serbuk kunyit dan 1 sudu rempah kari
garam secukupnya.

Udang ni goreng dulu dengan minyak dan toskan, ketepikan. Baru masak nasi..


3 cawan beras ponni Taj Mahal (sebab kami sekeluarga memang mkn beras ni..)
5 cawan air (kalau guna beras biasa air dan beras sama banyak)
1 cawan susu cair
2 kiub ikan bilis
1 sudu makan rempah kari
1 batang karrot di parut halus
3 ulas bawang merah ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
1/2 inci halia ditumbuk
bunga lawang, cengkih dan kulit kayu manis
minyak untuk menumis.


Cara-caranya:
Oleh kerana aku masak guna periuk Noxxa ni maka cara-caranya juga adalah mengikut cara menggunakan periuk ni..Dalam 8 minit je nasi dah masak...tu yang best tu...
Ni ler rupa periuknya..

1. Mula-mula tumis bahan yang ditumbuk dan bunga lawang, cengkih dan kulit kayu manis. Gunakan stir fry..

2. Masukkan beras yang telah dibasuh. Goreng seketika.

3. Masukkan air, susu, serbuk kari, kiub ikan bilis dan karrot.

4. Tutup Periuk dan set pada tekanan tinggi selama 8 minit.

5. Keluarkan wap, buka periuk dan masukkan udang yang telah digoreng tadi. Tutup semula periuk dan biar panas sehingga nak hidang...

Ni rupa dalam peruk lagi..



Best...guna periuk ni ..8 minit jer nasi dah masak...

Aku masak bersama KUZI AYAM dan JELATAH...




Sunday, September 4, 2011

Biskut Kasih Lebaran


Bahan-bahan:
250 gram butter
50 gram gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
300gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
50 gram serbuk badam
coklat masakan untuk hiasan

Cara-cara:
1. Pukul butter + gula dan masukkan esen vanila
2. Masukkan semua bahan kering dan uli menjadi doh.
3. Terapkan dengan acuan yang sesuai.
4. Bakar 15 minit pada suhu 175 oC
5. Sejukkan dan hiaskan dengan coklat masakan.
6. Biar coklat beku sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Biskut Nestum


Bahan-bahan:
250 gram butter
1 sudu shortening
70 gram gula kastor
2 sudu teh esen vanila
1 sudu kecil crisco

280 gram tepung gandum
40 gram tepung jagung
100 gram nestum dikisar halus
nestum dan telur untuk hiasan

Cara-cara:
1. Pukul butter, shortening, gula + esen vanila
2. Masukkan bahan kering
3. Uli jadi doh, canai dan terap ikut suka
4. Sapukan telur dan hiaskan ikut kreativiti
5. Bakar 15 minit atau hingga masak ler..(bergantung kpd oven masing2)

Wednesday, August 31, 2011

Biskut Badam


Bahan-bahan:
250 gram butter
1 sudu shortening
80 gram gula kastor
2 sudu teh esen vanila

280 gram tepung gandum
40 gram tepung jagung
1 cawan serbuk badam
badam keping utk hiasan

Cara-cara:
1. Pukul butter, shortening, gula + esen vanila
2. Masukkan bahan kering
3. Uli jadi doh, canai dan terap ikut suka
4. Hiaskan ikut kreativiti
5. Bakar 15 minit atau hingga masak ler..

Biskut Coklat Chip



Bahan-bahan;
300 gram tepung naik sendiri (aku guna blue key)
250 gram butter
1 sudu kecil crisco
180gram brown sugar
esen vanila
1/2 cawan badam hancur
1/2 cawan badam cincang
100 gram semi sweet coklat chip
1/4 cawan quaker oat (blend)
1 biji telur


Cara-cara;
1. Pukul telur + esen vanila (biar seketika)
2. Pukul butter + gula, masukkan telur
3. Masukkan bahan kering gaul(uli) hingga jadi doh
4. Bentukkan ikut suka dan bakar 15 minit suhu 175


Thursday, April 7, 2011

Roti Jala Kuah Durian...


Bahan-bahan ROTI JALA

2 cawan tepung gandum
2 cawang air
5 sb susu tepung
1 biji telur
beberapa titik pewarna kuning
1 st garam

.Cara-cara

1.Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perap seketika dalam 10-20 minit.

2.Jala dengan api perlahan hingga adunan masak. Angkat dan gulung


Kuah Durian...
(sukatannya aku main agak-agak cukup rasa jer...so pandai-pandailah mengejaskannya yer..)

10 ulas durian
1 cawan santan
1/4 cawan gula
Secubit garam
Daun Pandan- disimpulkan

1. Masukkan bahan-bahan dalam periuk. Kacau di atas api perlahan.

Sedia untuk dinikmati bersama...

gambar ni bukan kuah durian tapi durian untuk hiasan....

Friday, March 25, 2011

Kek Prune Kukus


Dah lama tak update resepi...
ni adalah cubaan kedua buat kek ni...
menjadi dengan jayanya....

resepi ni dari senior kat tempat keje..mmmm memang sedap..

jom tengok resepinya..

Bahan-bahan:
250 gram butter
1 cawan gula halus
2 cawan tepung naik sendiri
1/3 cawan susu pekat
20 biji prune
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil ovalete


Cara-caranya:
1. Panaskan kukusan dulu...
2. Pukul butter dengan gula hingga kembang.
3. Pukul telur + esen vanila hingga kembang dan masukkan sedikit demi sedikit dalam adunan butter sambil dipukul..(my senior masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul...)
4.Masukkan ovalete pukul dan masukkan susu pekat, kacau
5. Prune boleh dikisar tapi aku cincang-cincang aje kemudian masukkan dalam adunan dan pukul seketika.
6. Akhir sekali masukkan tepung dan kacau rata.
7. Masukkan dalam loyang dan kukus dalam 1 hingga 1 1/2 jam (hingga masak ler...)

p/s: tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air kukusan jatuh dalam kek anda...


Sunday, February 20, 2011

Tiada lagi gambar kucing...tiada lagi resepi masakan....

Hmm..kamera sudah rosak..
rasa tak seronok nak update blog tanpa gambar2 yang akan menceriakan blog aku ini...

Nak letak aksi anak-anak bulus...
Nak letak gambar-gambar masakan dan berkongsi resepi...
Tapi tak boleh...geram betoi...memang la boleh update tanpa gambar..
tapi rasa macam kurang jer...
macam masak kari tanpa asam..masak asam pedas tanpa kantan..hehe..

Ini adalah gambar terakhir yang aku sempat rakam sebelum kamera rosak..

Roti Jala..

selalu jer buat roti jala ni...tapi bila tengok design jala dari
Dapur Kak MAZ ni rasa terancam sungguh...

kalau nak resepinya ikut resepi kak Maz ler sebab aku selalu buat main agak-agak jer...asalkan ada tepung , telur, garam, air, pewarna sikit jadilah...

ni lah hasil jala aku...tapi tak leh lawan jala kak maz tu...fuhh...sungguh kemas...cantik..menarik..tertarik...

Saturday, January 15, 2011

APOM LENGGANG...




Ni kuih orang dulu-dulu..
Mak selalu buat kuih ni...sedap...
Dah dapat resepi apom lenggang ni...

Tapi masih teringat apom lenggang yang mak buat juga..
nanti nak minta resepi mak la pulak..

Jom tengok resepinya dulu...

1/2 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
1 sk yis
1sk garam
1 biji telur
1/2 cawan santan (kali ni aku guna yogurt asli)

Cara-caranya:
1. Masukkan air + nasi +tepung beras dalam blender dan blend sampai halus mulus.
2. Masukkan dalam bekas +yis..kacau dan biarkan beberapa jam
3. Masukkan garam + gula + santan/yogurt dalam adunan.
4. Pukul telur hingga kembang dan masukkan dalam adunan.
5. Kacau sebati adunan dan rehatkan 10 minit sebelum dilenggang...

6. Bila dah keperangan, angkat dan hidang...
.
boleh dilipat atau digulung..terpulang pada citarasa anda...


Sunday, December 26, 2010

NaSi AYam HaiNaN


Dah lama tak buat nasi ayam..
Teringat lak resepi Nasi Ayam Hainan..
Resepi ni dapat masa kursus KH 7@8 tahun lepas...
.
Tapi kali ni aku buat tak ikut 100% resepi tu..
Ejas ikut citarasa..hehe..
Ayam pun aku panggang..
Asalnya ayam tu beli nak buat
Ayam Panggang Ala Keni Rogers yg selalu buat tu..
tapi rasa nak makan nasi pulak..
so buat ler nasi ayam..

Jom tengok resepinyer...

Nasi:
4 cawan beras wangi/siam
air rebusan ayam
1 kiub ayam
1 sudu makan mentega
bawang merah dimayang
halia dimayang
sedikit pewarna kuning@serbuk kunyit

Caranya:
1. Basuh beras bersih dan toskan.
2. Cairkan mentega dan tumis bawang dan halia.
3. Masukkan beras, kiub ayam. Kacau. Tutup api
4. Masukkan beras dalam periuk nasi
5. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan masukkan pewarna.
6. Masak ler nasi tu...

Ayam Panggang( boleh juga digoreng):

1 ekor ayam (potong 4)
kicap cair
kicap pekat
minyak zaitun (kalau nak aroma lagi best guna minyak bijan)
sos lea n perrins(WS)
1 labu bawang besar
3@4 ulas bawang putih
garam
sedikit lada hitam

Cara-cara:
1. Ayam direbus separuh masak
(biasanya sediakan ayam dulu baru nasi)
2. Angkat dan rendam dalam air sejuk seketika
3.Bawang putih, bawang besar dan lada hitam ditumbuk.
4. Toskan ayam dan perap dengan semua bahan2..1-2 jam
5. Ayam boleh dipanggang atau digoreng..


Resepi Sup:
Air rebusan ayam
1 kiub ayam
2 keping lobak masin(dicincang halus)
sedikit garam dan lada
daun sup
bawang goreng
halia dimayang

Cara-cara:
1. Masukkan halia, lobak masin, kiub ayam, garam n lada dalam air rebusan ayam tadi.
2. Renihkan seketika 10-15 minit.Api kecil.
3. Hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng.


Resepi sos:
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 sudu sos cili
garam dan gula


1. Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga halus.
2.Masak atas api perlahan hingga agak pekat.

Bila semua dah siap...
.
.

Hidang
.
dan.
.
Makannn.....
.
.


Saturday, December 25, 2010

LaPis SRi KaYa



Bahan-bahan:
1 +1/3 cawan tepung gandum
3sb tepung hoenkwe
1 cawan gula
1 biji telur
750ml santan
pewarna kuning
serbuk koko

Caranya:
1. Masukkan semua bahan dalam blender kecuali pewarna dan serbuk koko.
2. Blend semua bahan hingga halus.
3. Bahagi 2 adunan, warnakan kuning dan satu lagi campurkan bancuhan koko.
4. Sediakan kukusan. Kukus selang seli (5 minit satu lapisan)
5. Lapisan terakhir dikukus 20 minit.
6. Angkat. Sejukkan . Potong..

.
.
Hidang
.
.
Makan..

Thursday, December 23, 2010

TUNA ROLL

.

Siang tadi ronda-ronda, pusing-pusing dari satu blog ke satu blog..
teringin lak nak buat menda ni..
tapi dah lupa lak dari blog mana..apa pun terima kasih pada tuan empunya blog sebab bagi aku ilham...

resepi tak ikut tuan blog..sebab dah ada resepi roti so aku ikut resepi yang aku selalu buat jer...

Resepi doh roti macam kat >>>SINI..
Intinya aku guna tuna mayonis (tuna spread ayam brand)
sebenarnya nak cari tuna jer tapi kat kedai itu jer yang ada..
rembat jer la..len kali buat inti sendiri pulak..

tuna spread ni ok ler tapi agak masam sikit..
lebih enak kalau kita buat sendiri guna tuna n campur mayonis n bahan-bahan lain..

aku cuma tambah daun bawang n black pepper sikit..

Cara nak buat;
1. Sediakan doh roti macam biasa.
2. Kalau ikut resepi aku ni boleh bahagi 2 doh tu..kalau nak buat semua roti ni boleh jer, aku buat separuh jer, separuh lagi buat donut..
3. Canai doh, sapukan butter cair dan letakkan inti tuna.
4. Gulung macam buat kek gulung tu.
5. Potong agak-agak ler...lebih kurang kek gulung jer
6. Bakar suhu 180 degree lebih kurang 20 minit.
7. Roti boleh disapu telur sebelum bakar atau disapu butter..

Bila dah masak...

.
.
Makan ler..
.
sedap...
.
.
le kali nak buat lagi tapi inti lain pulak..


Sunday, December 19, 2010

Chocolate Moist with Cheese Layer Cake...@ KEK COKLAT LAPIS KEJU...



Hari tu dah buat kek "super moist chocolate cupcakes"....
Oleh kerana rasa coklatnya best , dan dalam peti sejuk masih ada lagi cream cheese maka aku dengan rajinnya menggabungkan kedua-duanya untuk menjadi kek yang lebih lazat...

Tak susah...resepi kek coklat ikut aje resepi cupcakes tu...
gerenti puashati...

Ok aku akan kongsi resepi cheese layer nya pula:

Cheese Layer:
250gram cream cheese
80 gram gula halus
1 biji telur
2tbsp tepung jagung
2 sudu makan yogurt asli

Bahan-bahan ni adalah lebihan yang buat Blueberry Cheese Cake itu ari...
Jadi ...jangan membazir kita buat yang lain pula...

ok...jom tengok cara buat "Cheese Layer"
1. Pukul cream cheese hingga kembang.
2. Masukkan gula dan pukul.
3. Masukkan telur, yogurt, pukul dan masukkan tepung jagung.


Cara buat kek ni:
Boleh dikukus atau dibakar...
Aku bakar sebab loyang tak muat periuk kukus...
kalau kukus lebih lembab...
Tapi bakar pun lembab..n lebih rasa keknya..
so terpulang yer...

1. Masakkan lapisan coklat dahulu lebih kurang 20-30 minit.
2. Kemudian masukkan lapisan cheese juga 20-30minit.
3. Akhir sekali lapisan coklat..juga 20-30 minit..
4. Bila dah masak...sejukkan dan hias ler ikut kreativiti...
5. Biar dalam peti sejuk...lebih sejuk lebih enak...



Jom...

Makan....
.
.
.

le

Saturday, December 18, 2010

Super Moist Chocolate Cupcakes


Hari ni rasa nak buat coklat kek pula...
Try guna resepi ni...mmm memang betul2 moist...5 bintang aku bagi...
dah tu senang sangat nak buat...
tak payah pukul..

Buat cupcakes untuk anak-anak..
Biar diaorang decorate sendiri..memang suka la anak-anak...


Jom tengok resepi dulu:(dalam 20 biji)
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan gula perang
3/4 cwan + 2tbsp tepung
1/4 cawan + 2tbsp serbuk koko
3/4 tsp baking soda
3/4tsp baking powder
1/4tsp garam
1 biji telur
1/2 cawan susu cair
1/4 cawan minyak
1tsp vanilla
1/2 cawan air panas.

Cara-cara:
1. Panaskan oven 175 degree.
2. Tepung + serbuk koko + soda + b.powder diayak.
3. Masukkan gula halus+ gula perang + garam.
4. Masukkan telur, susu, minyak, vanila dan kacau sebati.
5. Masukkan air panas. Kacau rata.
6. Masukkan dalam acuan cupcake dan bakar 20 minit.

Tada...siap..

.
.

Angkat dan sejukkan sebelum dihias..
.
.
.
.
.

Ni rupa kek yang dihias oleh anak-anak aku..
Krim tu dah mula mencair..nampak sememeh sikit..
Asalkan diaorang hepi n ngap..sudah..

Untuk Nur Nabeeha...
.

Ni Nur Iman punya...

ni Nur Ameerul punya...

Ni Nur Hisham punya...

len kali wat bagi sejuk betoi ..supaya krim tak cair..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...