Saturday, July 20, 2013

Tuaian dan Menu Iftar Hari Ini: Tauhu sumbat n salad

Alhamdulillah dah masuk 11 hari kita berpuasa. Dalam bulan Ramadhan ni kurang sikit masa untuk update blog. Mana nak sediakan juadah berbuka, nak siram tanaman pun kena curi-curi masa. Time cuti pulak terpaksa siapkan tempahan jahitan baju kengkawan, nanti tak beraya pulak dia orang...

Hari ini intai salad dah makin meninggi walaupun selalu juga petik buat ulam dan sebagainya. Boleh ambik lagi untuk buat tauhu sumbat hari ni..

Salad yang segar...emmm


Tauhu sumbat dan kuah kacang


Tauhu Sumbat:

5 ketul tauhu digoreng dan potong dua (belah tengah)
segenggan taugeh dicelur
timun dihiris nipis
beberapa helai salad
karrot dipotong nipis (aku tak letak kali ni sbb tak ada stok)

# sumbatkan ajer sayuran tu dalam tauhu tu...hehe

Kuah Kacang:
6-7 tangkai cili kering * (dibasuh dan toskan)
4 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
sedikit belacan*
1 cawan kacang  tanah digoreng
3 sudu makan gula merah
2 sudu makan gula pasir
1 keping asam keping
garam
1 batang serai diketuk
sedikit minyak

Caranya:
  1. Bahan bertanda * digoreng hingga wangi dan kisar halus.
  2. Lepas tu aku goreng kacang pulak dalam baki minyak tadi. Kisar kasar kacang  yang telah digoreng.
  3. Tumis serai hingga naik bau. Masukkan bahan 1 yang dikisar. Kacau seketika.
  4. Masukkan kacang yang dikisar. Masukkan sedikit air.
  5. Masukkan asam keping, gula merah, gula pasir dan garam secukup rasa.
  6. Biar mendidih dan pekat. Tutup api. Sedia untuk dihidang.

1 comment:

  1. Emmm...pandai k.syikin serba serbi.....pakej lengkap...hehe....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...