Tuesday, July 2, 2013

SAH, Kompos Black Soldier Fly Larva

Dah beberapa hari aku terserempak dengan anak-anak Black Soldier Fly ni. Hari ni aku jumpa yang dewasa.  Sahlah kompos yang aku buat haritu daripada larva black soldier fly. Jom kita tengok bentuk kompos yang terhasil selepas 2 minggu. Rupanya macam tanah gembur tinja cacing tanah jer..
Ni la rupa kompos black soldier fly...Kalau mata tajam boleh ler nampak larva dalam kompos tu...
Black Soldier Fly atas daun kobis

Black Soldier Fly bawah daun cili
Seminggu lepas aku ada ambik sikit kompos ni, ambil larva untuk memancing. Larva bersama tanah kompos aku tapis, larva bagi pada anak untuk pancing. Air kompos tu siram pokok dan sayuran. Jom tengok pertumbuhan sayuran lak...

Salad Coral Hijau: Usia sebulan

Sawi Pak Choy : 2 minggu

Kobis Cina Ong King: 2 minggu

Salad daun Tajam: 2 minggu ++

Sawi Renek: 2 minggu

Labu MAnis Venus : Sebulan ++
Semua benih ini adalah dibeli daripada En Iskandar blog tanamsendiri.com. Ada juga benih kongsi..tu yang best...Harap-harap semua akan membesar bagai johan...Oh Ya Salad Coral Hijau juga telah dituai dan dimakan cicah sambal belacan. Tuai sikit-sikit yang nak makan jer. Potong daun paling bawah..jimat...

10 comments:

  1. assalammualaikum puan.
    akhirnya teknik membuat baja kompos ini diterangkan sejelasnya oleh puan, tahniah,,saya pun guna kaedah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Puteri Purnama.
      t.kasih..teknik tak sengaja tapi amat bermakna dan berguna..

      Delete
  2. salam, cik. saya berminat dengan bsl ni. tp macam mana nak cari lalat ini. harap boleh tolong

    ReplyDelete
  3. Wsalam. Masukkan semua bahan buangan dapur spt kulit bawang, sayur2 rosak dlm bekas @tong. Biarkan tertutup jgn rapat sgt. Nti larva2 ni muncul jer. Saya pun tak pasti dr mana dtgnya.

    ReplyDelete
  4. Wsalam. Masukkan semua bahan buangan dapur spt kulit bawang, sayur2 rosak dlm bekas @tong. Biarkan tertutup jgn rapat sgt. Nti larva2 ni muncul jer. Saya pun tak pasti dr mana dtgnya.

    ReplyDelete
  5. puan. saya pernah buat . tp lalat tu tak mai pun. tp lepas saya buang semua sampah tu. tiba2 dalam rumah saya dapat tangkap sekor. saya boh balik dalam. sampah tu. kojol pula..

    ok saya try buat sekali kali . hopely lalat tu mai ..

    ReplyDelete
  6. hi nabee , mana boleh dapat insect ini di kuala lumpur ?

    ReplyDelete
  7. salam puan, bahan2 najis haiwan dicampur dgn apa utk hasilkan larva ni? sllu tgok lalat taik yg byk hinggap.. hehe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...