Saturday, October 27, 2012

Vadai @ Masalode


500 gram kacang dal (rendam semalaman @ 4jam)
2 biji bawang besar(didadu halus)
2 tangkai daun kari
2 sudu teh jintan manis
5 tangkai cili kering (digunting nipis)
garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Kacang dal ditumbuk kasar (aku guna food processor jer..)
  2. Campurkan bawang, jintan manis, cili kering dan garam.
  3. Gaul sebati dan bentukkan bulat , leperkan dan goreng hingga keemasan.
Resepi ni boleh dapat dalam 40 biji. Jadi kalau nak buat minum petang tu bolehlah kurangkan 1/2 resepinya. Aku buat lebih sebab nak hantar pada mak dan lebih tu boleh sedekah pada jiran...selamat mencuba...

Wednesday, October 17, 2012

Bingka Biskut Cap Ping Pong...


        Hahaha.. hari ni buat bingka a.k.a bengkang lagi. Agaknya bila usia dah meningkat ni citarasa pada kuih-kuih tradisional pun meningkat kot, kiranya berkadar terus dengan peningkatan usia kita. Betul ke teori aku ni...entah la..tapi aku rasa tu yang terjadi pada aku. 
        Waktu kecik dulu mak selalu buat kuih-kuih ni...bingka ubi, lepat pisang, lepat labu, tepung bungkus, tepung talam, talam ubi, talam pisang, apom pisang, apom, bingka gandum yang ada tumisan bawang goreng atasnya...(waa...teringat2 rasa bingka tu memang sedap) tapi dulu-dulu aku tak la suka sangat makan kuih-kuih ni..Dah tua-tua ni(ye ke) dok teringat pulak..Memang mak aku pakar masak semua kuih ni..tapi tak pula aku..hehe sebab aku rasa kuih tradisional ni rumit/leceh nak buatnya... rupanya taklah rumit sangat..
      Entry kali ni banyak membebel pulak yer...selalu tulis resepi jer.. Kali ni aku cuba buat bingka biskut cap ping pong yang popular tu.. Biskut tu kan lemak2 dan sedap dicicah dengan air teh o panas diwaktu petang ketika hujan sedang turun...haa...melalut sudah.. Biskut petak 4 segi sama tu la ..Jom la kita tengok resepinya


ni la biskut yang femes tu(gambar from en. google)
    
Bingka Biskut Cap Ping Pong
15 keping biskut cap ping pong -dikisar halus (biskut apa pun boleh guna, aku guna yang ni sbb dah ada kat rumah)
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula (kurangkan 1 sudu)
4 helai daun pandan (hiris halus) + 250ml air (kisar dan tapis)
500 ml santan @susu cair (aku guna cooking cream- dalam peti ais ada tu jer)
3 biji telur
sedikit garam
sedikit pewarna hijau (dah buat perisa pandan kena la taruh warna hijau...warna ni terpulang pada perisa apa yang kita nak...buat original tak payah ler bubuh daun pandan)
sedikit bijan untuk hiasan

Cara membuatnya:

  1. Gula , garam, telur , tepung dan separuh santan (kalau semua takot tak muat blender tu) masukkan dalam blender dan blend hingga halus.
  2. Dalam bekas lain, masukkan biskut yang telah dikisar halus tadi. Kemudian masukkan bancuhan tepung yang diblend dan baki santan. Kalau nak tekstur yang lebih halus bolehlah kisar serbuk biskut bersama adunan tepung. Aku asingkan sebab biar ada rasa tekstur biskut sikit.
  3. Masukkan jus pandan dan pewarna hijau. Kacau rata. Tuangkan ke dalam acuan yang telah digris dengan mentega/marjerin dan tepung (ketuk lebihan tepung).
  4. Tabur bijan diatasnya. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C. Bakar lebih kurang 1 jam atau hingga masak. Lepas masak aku guna fungsi toast untuk garingkan permukaan atasnya. 
  5. Biarkan sejuk baru dipotong.

ni tak sabar nak tunggu sejuk..sebab tu la rupanya tak cun..

Saturday, October 13, 2012

Bingka Ubi Kayu

Terima kasih pada akak jiran sebelah rumah bagi ubi kayu. Nak cuba buat bingka ubi ler...

Tada...
Inilah rupa bingka ubiku yang dah siap dimasak....

 Jom tengok resepinyer:

  1. ubi kayu diparut - 1kg
  2. gula - 1 1/4 cawan
  3. santan - 2 1/4 cawan (aku campur 1 1/4cwn santan dengan 1 cwn susu cair...nak kurangkan lemak...hehe...)
  4. secubit garam
  5. 1 sudu mentega/marjerin
  6. pewarna kuning

Cara-caranya:
  1. Ubi yang diparut tu disejat. Air ubi tu dibiarkan seketika sehingga ia mendap, buang airnya dan kanjinya warna putih tu masukkan balik dalam ubi parut.
  2. Campurkan santan, gula dan garam dalam bekas lain. Kacau hingga gula larut. Aku kacau atas api dan masukkan daun pandan nak bagi wangi. Bila gula dah larut masukkan mentega hingga cair. Tutup api dan biar seketika.
  3. Masukkan campuran santan tadi dalam bekas ubi parut, kacau sebati kemudian masukkan sedikit warna kuning. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan dalam loyang yang telah disapu mentega. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 1jam 30 minit.
  5. Sejukkan dan potong....siap untuk dimakan...

Saturday, May 19, 2012

KEK KARAMEL PELANGI



 Tiba-tiba jer mood nak masak datang pulak..
Hari ni try buat kek puding pelangi..
Sumber resepi daripada sini  

bagi sesiapa yang ingin mencubanya bolehlah klik link di atas kerana cara-caranya diterangkan satu persatu dengan jelas sekali.....
pasti menjadi...
terima kasih pada tuan punya blog..

Jom layan....
 Pasti enak dan nyaman bila dimakan sejuk...(dari peti ais)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...