Sunday, January 30, 2011

Kami KeluarGA BahaGIA...


Kami hidup bahagia...
Kami tidak bermusuhan sesama kami...
Kami tidak berdengki sesama kami...
Kami saling sayang menyayangi...
Kami berkongsi kasih sayang dibawah bumbung yang sama...

Biarpun kami berlainan warna..
Biarpun kami berlainan saiz dan jantina..
Biarpun kami berlainan ibu dan bapa..
Yang penting kami mengenal erti hidup dan perkongsian..
Biarpun kami tidak diberikan akal dan fikiran seperti manusia..

Naluri binatang kami berkata..tidak perlu bermusuhan ,
jika boleh berkasih sayang...
jika boleh bertolak ansur....
jika boleh menerima dan memberi...
Nescaya Allah jua melimpahkan KASIH dan SAYANGNYA>>




Saturday, January 29, 2011

RUMAH BESAR>>>KELUARGA PUN MAKIN BESARRR....

Betul sangkaan aku rupanya Tessa ni pregnant lagi...
tapi tak sangka la pulak cepatnya dia nak beranak..
tengok dia masuk dlm litter box tu semacam jer..
terus masukkan dia dalam sangkar..
bawa kotak, nampak jer kotak terus dia lompat masuk...haha..

ingatkan 3 ekor rupanya 5 ekor yang keluar..
hai..dah jadi 19 ekor ler...
nasib baik aritu aku tak bawa pegi mandulkan dia lagi...
kalau tak....kes gugurkan kandungan ler...

lepas ni kena cepat2 bawa dia gi mandul..produktif sangat..
tak larat dah aku...
.
>
>
tengok video ni...anak yang ke-5 keluar...yg lain tak sempat nak rakam kamera dah gelong sikit....



P/s: vidoe upload lama bebenor..cancel la nak letak vidoe..ganti ngan gambo jer...



Saturday, January 15, 2011

APOM LENGGANG...




Ni kuih orang dulu-dulu..
Mak selalu buat kuih ni...sedap...
Dah dapat resepi apom lenggang ni...

Tapi masih teringat apom lenggang yang mak buat juga..
nanti nak minta resepi mak la pulak..

Jom tengok resepinya dulu...

1/2 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
1 sk yis
1sk garam
1 biji telur
1/2 cawan santan (kali ni aku guna yogurt asli)

Cara-caranya:
1. Masukkan air + nasi +tepung beras dalam blender dan blend sampai halus mulus.
2. Masukkan dalam bekas +yis..kacau dan biarkan beberapa jam
3. Masukkan garam + gula + santan/yogurt dalam adunan.
4. Pukul telur hingga kembang dan masukkan dalam adunan.
5. Kacau sebati adunan dan rehatkan 10 minit sebelum dilenggang...

6. Bila dah keperangan, angkat dan hidang...
.
boleh dilipat atau digulung..terpulang pada citarasa anda...


Monday, January 10, 2011

Pokok Kucing bukan Pokok Mata Kucing @ Ekor Kucing

Soalan: Yang manakah di antara berikut adalah pokok kucing?
A.
ini kucing atas pokok

B.
ini pokok ekor kucing


C.
ini buah/pokok mata kucing


D.

ya ini adalah pokok kucing atau dalam bahasa inggerisnya disebut CAT TREE


pokok kucing ini telah dibuat oleh aku bersama-sama en.suami dan anak2 aku yang tolong..(tolong kacau je la..)


ni gambaran dari luar...
(hitamnya hidung Tessa tu...)



ni gambaran dari dalam..


yang ni pula letak la pokok kucing ker hapa ke..nak keluar main juga..


sama la dengan sekor ni..dok mengacau aku nak gunting karpet je..

p/s: sila guna karpet yang dah lama...jangan curi karpet mak anda untuk buat cat tree...


ni penolong aku juga...tolong main dgn MIkko...


ni la rupa pokok kucing yg kami hasilkan...
SHERO kena jadi testimoni..sebab dia yang paling berat...
nak test kekuatan pokok itu....
.
.
LULUS..

Sunday, January 9, 2011

RuMah Kami Makin Besar...DoubLe size..



Projek hujung minggu ini...
;.
.
Membesarkan rumah kucing..
.
.
Selepas diupgrade

Sebelum...minggu lepas punya projek..

Sunday, January 2, 2011

SAntai di HuJunnG MinGgu..


MOLLY...

MIKKI...posing atas buaian

COMOT pula...

SHERO dan keluarganya..

CIKKI dah macam koala..(cikki anak KIPPI)

kami nak tido ni...


KIppi menunaikan hajat..

Saturday, January 1, 2011

BAngLo TaHun BaRu RM5,000K untuk kucing aku...


Selamat Tahun Baru 2011...
Apa yang menarik tentang 2011??
.
.
Aku?...Memang ler happy sebab dapat menyiapkan banglo untuk si cumel2 melepak...
Tak payah lagi merayau merata...
Ni ler rupa banglo kucing-kucing aku...
keluasan?.
lebih kurang 6kaki persegi..
insyaallah kalau ada rezeki akan diupgrade lagi..
pasti suke si cumel semua...

Asyik bagi resepi masakan..apa kata kita tengok resepi nak buat banglo ni pulak..

Bahan-bahan untuk membina rumah kucing...
Kayu gergaji secukupnya
Jaring dawai...

Alatan: drill, paku, skru dan sewaktu dengannya...

Kayu dicantumkan menjadi rangka..

Pasang jaring pada rangka kayu...(oleh mr arkitek aku...)

rumah yang dah siap dipasang....belum pasang pintu lagi..
tengok ler anak aku tu excited sangat nak masukkan kucing2 tu...
2 ekor ni pun suka jer melepak kat dalam tu...

ok untuk hari ni ...
akan diupdate segala perhiasan di dalam banglo ini nanti...
terima kasih pada mr arkitek aku...seharian menyiapkan banglo ni...
.
kos?...
.
kita tengok keluaran akan datang...

p/s: selamat bersekolah...selamat bekerja...selamat mengajar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...