Wednesday, June 19, 2013

Salmon Grill with Chimichurri Sauce: Menghargai herba


Salmon Grill dan sos Chimicurri, bersama side dish: Garlic Parsley Potato & Sayuran
Hari ni nak kongsi resepi salmon pulak. Resepi ni en suami yang rajin masak, aku rajin makan jer. Sesiapa yang nak diet bagus makan ikan salmon ni sebab kandungan kalori yang rendah. Ikan Salmon juga kaya dengan Omega 3 baik untuk perkembangan otak jadi memang sesuai dijadikan hidangan seisi keluarga tapi tak boleh selalu makan nanti ada side effect....apa tu...kesannya kepala mungkin boleh botak kalau selalu makan ikan salmon kerana harganya yang mahal. Sepotong besar macam dalam pinggan tu lebih kurang RM12.00 di Jusco yang mentah ler...

Resepi Salmon Grill:
  • Ikan Salmon (Fillet) dibasuh bersih, buang tulang dan lap kering.
  • Sedikit lada hitam dan garam ditabur atas salmon tadi.
  • Sedikit minyak zaitun dilumur pada ikan salmon.

Grill ikan salmon atas pemanggang ajaib atau kuali leper. Balikkan bila dah garing jer. Jangan kerap balikkan nanti hancur. Kulit Salmon yang garing sungguh lazat...

Resepi Sos Chimicurri:
  • 4-5 tangkai daun oregano segar
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • 2-3 tangkai daun thyme segar
  • 2 tangkai daun italian parsley
  • 3-5 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan jus lemon
  • sedikit garam
  • 1/4 cawan minyak zaitun
Tumbuk semua herba dan bawang putih. Masukkan jus lemon,  minyak zaitun dan garam. Sedia untuk dihidangkan. Selain enak dimakan bersama Salmon, sos ini juga enak dimakan bersama beef steak.
Kadang-kala kami juga makan salmon grill bersama sos chimicurri dan sos lemon bersama. Cara buat sos lemon amat mudah iaitu campurkan perahan lemon, air, minyak zaitun dan garam dalam botol. Goncangkan. Tuang pada Salmon grill tadi. Rasa masam lemon sungguh kena dengan Ikan Salmon..

Oregano

Ketumbar/coriander

Thyme


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...