Friday, June 14, 2013

Bayam Berduri dan Nilai Perubatannya

Masih ingat lagi tentang bayam tumpang yang aku kutip di batas sayuran? Kini bayam ini telah membesar dengan sihat. Hari ni tergerak untuk membeleknya, selalu belek2 gitu jer. Tapi hari ini aku terpandang duri antara dahan dan daunnya. Dalam hati aku tertanya juga entah2 bayam ni tak boleh makan kot. Lebih baik cabut buang jer. 
 
Ini la rupa bayam berduri..duri-duri halus antara daun dan batangnya


Ramainya anak bayam berduri ni..nak simpan ke nak cabut??..

Aku cuba bertanya en google dulu. Wah penemuannya menyebabkan aku berfikir semula untuk membuang bayam ni. Rupanya bayam ini mempunyai nilai perubatan yang sangat tinggi. Daripada daun , durinya hinggalah ke akarnya mempunyai khasiat. Menurut Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap,(drp blog: http://kebunketereh.com)
Antaranya:
1. Daunnya boleh digunakan untuk merawat jerawat dan melembutkan wajah.Caranya dengan meramas daunnya dan lulurkan ke wajah...Menarik ni boleh cuba..he he..

2.Daun bayam duri juga dipercayai dapat mengubati asma termasuk mengeluarkan lendir yang berlebihan iaitu dengan meminum air rebusannya.  Tiga atau lima batang bayam duri direbus sekali bersama-sama daun dan bunganya dengan lima gelas air selama 10 minit.  Minum air rebusannya sekurang-kurangnya empat kali sehari dengan sukatan satu gelas untuk orang dewasa dan setengah gelas untuk kanak-kanak.

3.Bagi sakit demam atau menambahkan susu badan, air rebusan seluruh pokok bayam duri perlu diminum dengan sukatan sekurang-kurangnya dua kali sehari.

4.Manakala untuk melawaskan kencing dan mengatasi masalah keputihan,  rebusan hanya menggunakan akar bayam duri.  Akar bayam duri itu dibersihkan dan kemudian rebus sebelum meminumnya sekurang-kurangnya sekali sehari. Untuk melihat kemujarabannya, ia perlu diulangi setiap hari sehingga menampakkan kesan.

5.Meminum air rebusan akar bayam duri sekali-sekala juga boleh mengubati sakit tekak dan lewat datang haid. Air rebusan seluruh pokok atau akar bayam duri boleh dicampurkan gula atau madu secukup rasa.

2 comments:

  1. assalam keen.
    tkasih atas info bayam tu. sebelum ni akak sangkakan tiada khasiatnya, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.
      saya pun baru jer tahu hihi...Saya dah masak pun bayam tu sedap, manis rasanya lebih sedap drp bayam di kedai mungkin sbb tnm sendiri kot..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...