Monday, June 10, 2013

Benih dah bercambah

Benih -benih yang dibeli daripada blog tanamsendiri.com dah seminggu lebih sampai. Dah semai dan dah bercambah pun. Tunggu masa nak alih ke batas pulak. Tapi aku tak la semai semuanya. Yang lain simpan jadi stok benih .

Antara benih yang dibeli drp En Iskandar @ tanamsendiri.com

Antara benih yang dah bercambah dari kiri: tembikai merah, bendi emas dan labu venus

Salad coral hijau juga dah bercambah

SAWI BERBULU

Hari ni nak cerita pasal anak sawi 50sen yang aku cerita dulu. Anak sawi dah mula keluar daun sebenar. Aku agak hairan juga kenapa sawi ni berbulu. En suami kata mungkin kecil lagi kot. Aku tak puas hati lalu bertanya kepada en google pula. Yey..aku dah dapat jawapannya kat SINI . Ha ha ha..padan muka aku rupanya biji sawi untuk masakan tu menghasilkan sawi berbulu bukan sawi yang kita makan or beli kat pasar tu..Baru ku tahu..

Lihatlah suburnya anak-anak sawi berbulu ni...

Ni la rupa sawi berbulu. Jadi kalau rasa nak tanam sawi beli benih sawi drp pembekal biji benih..hehe..
 

Monday, June 3, 2013

Cambahan Anak Sawi 50sen

Hari ini update benih sawi 50sen dah bercambah dengan meriahnya. Tunggu besar sikit boleh dijarakkan. Tapi dalam keseronokan berkebun ni ada juga yang tak seronoknya. Yang mendukacitakan apabila aku menggembur tanah bersebelahan batas baru tu sambil mencabut akar-akar lalang yang berselirat terjumpa makhluk halus yang menggerunkan. Makhluk halus yang aku maksudkan adalah anai-anai yang bersarang dalam tanah. Sebelum ni ada busut tinggi dalam perdu bunga kantan. En suami tak bagi aku usik tak mahu dia pergi buat sarang kat tempat lain sebelum langkah pemusnahan dilakukan. Rupanya ada koloni lain pulak tapi nampak tak banyak lagi aku tuang minyak hitam jer dulu. Eh ni cerita sawi ke cerita anai-anai..aku pun dah konpius..

Anak sawi

Saturday, June 1, 2013

Hobi Lama Baru Bermula

Aku suka tumbuh-tumbuhan, tapi malas nak tanam sebab malas nak maintain jaga..kesimpulannya memang pemalas ler...tapi 2 tiga minggu ni timbul pula semangat nak bercucuk tanam. Semangat mula timbul bila biji kacang dan biji cili yang aku bagi pada anak aku minta dia semai mula membesar. Tambahan pula ada sahabat yang sama-sama bercucuk tanam ni, beli tanah dari dia ler... Memang subur tanah ni. Dalam entry lepas aku dah tunjukkan gambar anak-anak pokok yang sihat hanya ditanam menggunakan tanah ni. Kali ni aku nak tunjuk pula (menunjuk la tu...) petak sayuran baru.. Semakin berkembang..wah perasan jer...


batas sayuran aku...hepi sangat dapat membersihkan kawasan lalang sebelum ni
     
Anak bayam tumpang. Aku bagi nama bayam tumpang sebab dia tumbuh meumpang anak pokok yang lain. Mungkin benih dari tanah yang aku beli. Aku kutip dan semai dalam petak batas ni..Tunggu dia membesar baru tau bayam jenis apa.


Anak kobis...teruja sungguh tengok kobis ni bercambah...maklumlah tak pernah tanam kobis...ingatkan kobis hanya hidup di tanah tinggi jer...
Biji sawi untuk masakan aku beli nak try tanam...50sen jer punya la banyak boleh buka ladang sawi...tapi aku tak la tabur semuanya....dah bercambah pun tapi kecik sangat gambarnya nanti tak nampak tunggu besar sikit aku akan update...

Wednesday, May 29, 2013

Penjaga Kebun Sayur

Inilah penjaga kebun sayur aku... Rumah mereka asalnya dah bertukar menjadi rumah hijau, tapi tetap menjadi rumah teduhan untuk mereka melepak. Mereka tidak lagi dikurung tetapi bebas keluar masuk, namun rumah ini tetap menjadi port untuk mereka berteduh dan tidur. Ditambah dengan kehijauan sayuran menjadikan suasana rumah ini sejuk sungguh best melepak diwaktu panas. Bukan mereka sahaja yang suka melepak didalamnya.. aku dan en suami juga suka melepak dalam tu...best sungguh rasanya...

Tessa yang setia

Jinggo yang malu-malu kucing..hee..

Molly: Penat sungguh menjaga tanaman ni sampai tertidur...

Tuesday, May 28, 2013

Nasi Goreng Kerabu dan Hasil Tuaian Hari Ini

Nasi Goreng Kerabu Ala aku..hihi..Dihiasi dengan ulam petai...mmm...

Pagi ni bersarapan dengan nasi goreng kerabu. Bahan-bahan kerabu dipetik di belakang rumah. Taugeh yang disemai selama 3 hari dah  boleh makan. Taugeh ni daripada kacang hijau yang ditanam oleh anak aku dalam pasu tinggal...pasu yang dahulunya ada pokok bunga tapi dah mati. Asalnya kacang hijau ni aku basuh nak buat bubur tapi beberapa biji jatuh dalam sinki . Esoknya tengok dan keluar tunas, suruhla anak aku tanam jer dalam pasu tinggal tu. Pokok kacang hijau membesar dengan subur. Dapat ler dalam segenggam biji kacang hijau. Aku pun buat taugeh jer kacang ni.. hasilnya dapatlah dinikmati hari ini...

Resepi Nasi Goreng Kerabu (ni yg aku guna ler)
Nasi
Ikan bilis
Cili Api
Bawang besar
Bawang putih
Telur
Garam 
Minyak untuk menggoreng
Serai
Bunga Kantan
Taugeh

Cara-caranya:
  1. Cili api, bawang besar dan bawang putih ditumbuk kasar.
  2. Ikan bilis digoreng garing , masukkan bahan yang ditumbuk. Kacau seketika.
  3. Masukkan garam, telur. Kacau sebati baru masukkan nasi.
  4. Bila nasi dah sebati baru masukkan bahan ulam/kerabu( boleh tambah apa saja ikut citarasa).Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Taugeh yang disemai sendiri (dalam masa 3 hari jer)

  
Hasil tuaian hari ini...semuanya hasil tanaman sendiri...berbaloi

Sedia untuk digaul bersama nasi goreng...yummy..
Selamat mencuba...

Sunday, May 26, 2013

Rumah Kucing menjadi Rumah Hijau

 Timun Jepun
 Sudah lama rumah kucing ni terbiar, sejak kucing-kucing semakin berkurangan. Mereka bebas di luar tetapi tetap diberi makan dan minum... Rumahnya yang terbiar dah jadi semak samun hinggakan ular pun menumpang bersalin kulit tapi terjerat lalu meninggal....menjadikan aku semakin seram nak menjengah ke dalam rumah kucing tu..Sekarang datang pula semangat baru...menanam sayur-sayuran. Rumah kucing dijadikan tapak semaian dan hasilnya tidak mengecewakan..Baru 2-3 minggu memulakan projek ni...layan gambar...
cili merah

kacang buncis

kunyit

tomato

daun ketumbar

daun kari

Molly dan Shero lepak di luar rumah jer...hehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...