Friday, April 23, 2010

Dari AKu Seorang GUru ...AndaiNya Kamu Tahu..Jangan Tak BaCa..

Sedar tak sedar dah sepuluh tahun aku bertitlekan guru. Masa mula -mula posting dulu rasa nak nangis pun ada...tapi sekarang dah ok...dah jadi makanan jer..

Oh aku nak cerita tentang student aku bukan pasal kerjaya aku. Sepanjang 10 tahun aku mengajar,aku rasa yang ni yang membuatkan aku rasa terharu bergelar seorang guru. Bersempena dengan sambutan hari guru, entry ni aku buat khas buat student aku...macam terbalik lak kan...bukan patut student buat entry utk cikgunyer ke??
Apa-apa lah..yang pentingnya ni blog aku so aku punya suka janji aku tak kacau orang ..kan..

Kisah pertama: Seorang student lelaki, aku mula ajar dia masa lower 6..subjek ekonomi..aku tengok dia ni ada potensi utk score paper aku dengan baik...tapi bila bulan disember datang dia kata dia nak pegi UITM .Agak frust gak ler bila student yang kita harapkan nak blah pulak..tapi tak kisahlah itu pilihan yang dibuat takkan aku nak halang kot. Aku doakan yang terbaik untuk kalian semua. Bila dia dah pegi uitm tu aku fokuskan pada yang lain..aku harap yang tinggal ni pun masih boleh teruskan pengajian di Ipta.. Rupanya di UITM tu pun dia kena belajar ekonomi gak..dia selalu contact aku bila tak paham...tapi yang aku nak ceritanya dia sanggup datang belajar ekonomi dengan aku bila cuti. Siap ikut masuk kelas lagi..kalau aku ler..hehe memang dah tak jejak ke sekolah ler... Yang buat aku tak leh lupa bila dia sanggup datang sekolah balik untuk belajar dengan aku, katanya lecturer ajar tak paham sangat...Bukannya aku nak bangga kat sini tapi semangatnya nak belajar yang buat aku terharu...Akhirnya dia berjaya dengan cemerlang dalam paper ekonomi..tahniah...Dan yang lain juga telah berjaya ke IPTA...

Kisah kedua: Seorang student perempuan. Sangat minat dengan subjek ekonomi, hinggakan aku selalu pesan padanya tolong balancekan pencapaian subjek lain juga...Dia memang selalu score paper ekonomi tiap kali ujian or exam...Bila keputusan STPM diumumkan dia datang pada aku dan bertanya" cikgu, ekonomi saya dapat apa??" apa aku nak kata?? bila aku dah tengok dia tak dapat A hanya B saja...aku kata tengok dulu cikgu tak tau...dia terus buat andaian sendiri...mesti saya tak dapat A kan ...terus menangis...dan menangis..bertanya pada semua cikgu yang ada disitu..."Kenapa saya tak dapat A ekonomi??''
mesti cikgu ekeen kecewa....ahh..adikku..aku tak pernah marah itu adalah usaha yang terbaik yang telah kamu lakukan...dan ayatnya lagi buat aku cukup terharu..."Cikgu,..walaupun saya tak dapat A...cikgu tetap dihati saya"...
percayalah kalian semua tetap dihatiku.......

Kisah ketiga: Seorang pelajar aku yang berlainan agama dan bangsa..tetapi aku tak pernah merasakan perbezaan itu. Dia cukup baik, umpama sahabat pada aku..tetapi tetap macam pelajar yang lain juga kadang-kadang perlu ditegur..tapi aku cukup senang dengannya..sangat memahami...

Aku rasa sangat bersyukur pada tuhan kerana merasai nikmat bergelar seorang guru...Kurnialahkanlah kesihatan yang baik padaku Ya Allah agar aku dapat terus berbakti pada anak-anak didikku yang tersayang...pada yang aku tak coretkan disini bukan beerti aku tak tega...bukan aku tak sayang...tapi nanti jadi novel lak..haha...aku sayang kamu semua...semoga kamu semua menjadi insan yang berguna...



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...