Saturday, January 30, 2010

Antara Kucing Terbiar dengan Kucing Komersil


ni gambo hiasan takde kena mengena dengan cerita ni..(tapi ni pon asal kucen terbiar gak)

Dah lama tak update blog ..dah seminggu kot yelah hari-hari sekolah, petang ada aktiviti koko pulak...emm nasib baik hari Sabtu tak kena pegi sekolah dah lama tak rasa nikmat cuti hari Sabtu camni. Eh dah terkeluar tajuk lak, aku nak cerita tentang kucing bukan sekolah ler. Selalunya bila hujung minggu ni aku akan pegi pasar untk beli barang-barang keperluan nak masak ler. Di pasar memang banyak kucing-kucing terbiar ni. Kalau mampu memang nak angkut bawa balik , tapi apakan daya hanya mampu melihat jer buat masa ni. Tapi aku tengok kucing kat pasar selalu dapat makanan dari peniaga-peniaga kat situ , contohnya ikan. Kucing kat pasar bebas bersosial.

Selalunya lepas ke pasar aku akan ke pet shop lak beli bekalan untuk kucen2 kat rumah. Pasir ke makanan ke etc. Aku akan selalu tengok kucen2 yang dijual disitu. Ada yang baru sampai, esok pergi dah tak ada dah ada orang beli kot (tak pe la ada juga orang jaga dia). Tapi yang sedihnya bila aku tenngok kucen yang sama gak yang tak ada orang nak beli. Rasa-rasa aku dah hampir setahun kucing tu tinggal dalam sangkar kat pet shop tu..Cuba korang bayangkan life kucing tu hanya di dalam sangkar jer..Masa aku pergi haritu pun dia macam cirit-birit. Habis ekornnya kena najis..kesian sangat aku tengok. Kucing DLH baka persian aku rasa, nak beli??? belum lagi kot(kalaulah aku mampu) yang sekor tu harga RM500 dan sekor lagi RM400. Kalau keadaan kedai tu dan sangkar tu sentiasa bersih tak pe la tapi ni pet shop kat pekan kecil. Korang bayangkanlah ada ikan, ada rabbit, hamster, kucing belum masuk barang-barang keperluan yang lain lagi.

Jadi aku pun terfikir juga nasib kucing di pasar itu adalah lebih baik berbanding kucing komersil ini kalau tiada orang nak beli. Kucing kat pasar bebas bergerak ke sana-sini, bebas bersosial, tapi kucing komersil akan menghabiskan hayatnya dalam cage ajer. Tak dapat berkawan, tak dapat berkejaran, tak dapat berlawan, rutin hidupnya sama saja...Kesian kan...Doakan rezeki aku bertambah agar dapat aku bagi kebebasan pada kucen2 tu ..atau doakan agar ada orang lain yang akan beli kucing2 tu...

2 comments:

  1. sambil membaca entry ini ditemani lagu shahdu di sebelah sangatlah sedihnya..semoga akak dimurahkan rezeki olehNya & dapat memberi kebebasan pada kucing2 itu..aammiinnn..

    ReplyDelete
  2. aku mmg x boleh tgk kucing yg ada kat pet shop.. hati sedih jek.

    kucing kat pasar pun lebih bertuah. setuju.

    kalau di beri pilihan.. kutiplah kucing2 di pasar dr kucing2 yg mahal di petshop!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...