Saturday, September 10, 2011
Friday, September 9, 2011
Nasi Udang..
Hari ini baru beli periuk tekanan Noxxa from Amway.. Jadi teruja nak try masak ler...cari-cari resepi jumpa resepi nasi Udang ni...best juga rasanya..Anak-anak pun suka..
Jom tengok resepinya:
1/2 kilo udang segar buang kulit dan belah belakang (supaya nampak ayu gitu..)
serbuk kunyit dan 1 sudu rempah kari
garam secukupnya.
Udang ni goreng dulu dengan minyak dan toskan, ketepikan. Baru masak nasi..
3 cawan beras ponni Taj Mahal (sebab kami sekeluarga memang mkn beras ni..)
5 cawan air (kalau guna beras biasa air dan beras sama banyak)
1 cawan susu cair
2 kiub ikan bilis
1 sudu makan rempah kari
1 batang karrot di parut halus
3 ulas bawang merah ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
1/2 inci halia ditumbuk
bunga lawang, cengkih dan kulit kayu manis
minyak untuk menumis.
Cara-caranya:
Oleh kerana aku masak guna periuk Noxxa ni maka cara-caranya juga adalah mengikut cara menggunakan periuk ni..Dalam 8 minit je nasi dah masak...tu yang best tu...
Ni ler rupa periuknya..
1. Mula-mula tumis bahan yang ditumbuk dan bunga lawang, cengkih dan kulit kayu manis. Gunakan stir fry..
2. Masukkan beras yang telah dibasuh. Goreng seketika.
3. Masukkan air, susu, serbuk kari, kiub ikan bilis dan karrot.
4. Tutup Periuk dan set pada tekanan tinggi selama 8 minit.
5. Keluarkan wap, buka periuk dan masukkan udang yang telah digoreng tadi. Tutup semula periuk dan biar panas sehingga nak hidang...
Ni rupa dalam peruk lagi..
Best...guna periuk ni ..8 minit jer nasi dah masak...
Aku masak bersama KUZI AYAM dan JELATAH...

Sunday, September 4, 2011
Biskut Kasih Lebaran
Bahan-bahan:
250 gram butter
50 gram gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
300gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
50 gram serbuk badam
coklat masakan untuk hiasan
Cara-cara:
1. Pukul butter + gula dan masukkan esen vanila
2. Masukkan semua bahan kering dan uli menjadi doh.
3. Terapkan dengan acuan yang sesuai.
4. Bakar 15 minit pada suhu 175 oC
5. Sejukkan dan hiaskan dengan coklat masakan.
6. Biar coklat beku sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Biskut Nestum
Bahan-bahan:
250 gram butter
1 sudu shortening
70 gram gula kastor
2 sudu teh esen vanila
1 sudu kecil crisco
280 gram tepung gandum
40 gram tepung jagung
100 gram nestum dikisar halus
nestum dan telur untuk hiasan
Cara-cara:
1. Pukul butter, shortening, gula + esen vanila
2. Masukkan bahan kering
3. Uli jadi doh, canai dan terap ikut suka
4. Sapukan telur dan hiaskan ikut kreativiti
5. Bakar 15 minit atau hingga masak ler..(bergantung kpd oven masing2)

Wednesday, August 31, 2011
Biskut Badam
Bahan-bahan:
250 gram butter
1 sudu shortening
80 gram gula kastor
2 sudu teh esen vanila
280 gram tepung gandum
40 gram tepung jagung
1 cawan serbuk badam
badam keping utk hiasan
Cara-cara:
1. Pukul butter, shortening, gula + esen vanila
2. Masukkan bahan kering
3. Uli jadi doh, canai dan terap ikut suka
4. Hiaskan ikut kreativiti
5. Bakar 15 minit atau hingga masak ler..

Biskut Coklat Chip
Bahan-bahan;
300 gram tepung naik sendiri (aku guna blue key)
250 gram butter
1 sudu kecil crisco
180gram brown sugar
esen vanila
1/2 cawan badam hancur
1/2 cawan badam cincang
100 gram semi sweet coklat chip
1/4 cawan quaker oat (blend)
1 biji telur
Cara-cara;
1. Pukul telur + esen vanila (biar seketika)
2. Pukul butter + gula, masukkan telur
3. Masukkan bahan kering gaul(uli) hingga jadi doh
4. Bentukkan ikut suka dan bakar 15 minit suhu 175

Thursday, April 7, 2011
Roti Jala Kuah Durian...

Bahan-bahan ROTI JALA
2 cawan tepung gandum
2 cawang air
2 cawang air
5 sb susu tepung
1 biji telur
beberapa titik pewarna kuning
1 st garam
beberapa titik pewarna kuning
1 st garam
.Cara-cara
1.Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perap seketika dalam 10-20 minit.
2.Jala dengan api perlahan hingga adunan masak. Angkat dan gulung
Kuah Durian...
(sukatannya aku main agak-agak cukup rasa jer...so pandai-pandailah mengejaskannya yer..)
10 ulas durian
1 cawan santan
1/4 cawan gula
Secubit garam
Daun Pandan- disimpulkan
1. Masukkan bahan-bahan dalam periuk. Kacau di atas api perlahan.
Sedia untuk dinikmati bersama...
gambar ni bukan kuah durian tapi durian untuk hiasan....
1.Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati. Perap seketika dalam 10-20 minit.
2.Jala dengan api perlahan hingga adunan masak. Angkat dan gulung
Kuah Durian...
(sukatannya aku main agak-agak cukup rasa jer...so pandai-pandailah mengejaskannya yer..)
10 ulas durian
1 cawan santan
1/4 cawan gula
Secubit garam
Daun Pandan- disimpulkan
1. Masukkan bahan-bahan dalam periuk. Kacau di atas api perlahan.
Sedia untuk dinikmati bersama...
Friday, April 1, 2011
Kucing boleh Disuruh ker??..
Dari semalam cuba upload video ni...
akhirnya berjaya juga...
Saja jer nak kongsi telatah MIKKA ni..
bila tengok kat youtube tu macam-macam kucing yg bijak-bijak(apa ayat aku ni...??)
bila main dengan budak MIKKA ni seronok pula tengok dia pergi ambik dan bawa balik bola kertas tu...mula-mula dia main ngan tisu..pastu aku buat bola kertas suratkhabar pulak...
layannn.....

Thursday, March 31, 2011
KelaBu AsAp...
Setelah memperkenalkan keluarga Oren di rumah aku, sekarang nak kenalkan keluarga Kelabu Asap a.k.a keluarga Pn Molly pula..
Kita mulakan dengan Pn Molly dulu...
merenung masa depan anak-anak...
KELLO..
SIMBA...
TAM...

Simba lagi...
Simba makan rumput..
Kello atas bumbung..

Pn Molly sudah tak boleh beranak..
aku dah bawa dia pergi neuter dah hampir sebulan rasanya..
tapi dia masih menyusukan anak-anaknya dan anak-anak KIPPI juga.
Tapi sejak Molly dineuterkan perangai dia macam budak-budak pulak suka terlompat sini sana...main kejar-kejar.. dah jadi kanak-kanak riang pulak ..hmmm...
Kita mulakan dengan Pn Molly dulu...

Pn Molly sudah tak boleh beranak..
aku dah bawa dia pergi neuter dah hampir sebulan rasanya..
tapi dia masih menyusukan anak-anaknya dan anak-anak KIPPI juga.
Tapi sejak Molly dineuterkan perangai dia macam budak-budak pulak suka terlompat sini sana...main kejar-kejar.. dah jadi kanak-kanak riang pulak ..hmmm...
Saturday, March 26, 2011
Keluarga OREN
Friday, March 25, 2011
Kek Prune Kukus

Dah lama tak update resepi...
ni adalah cubaan kedua buat kek ni...
menjadi dengan jayanya....
resepi ni dari senior kat tempat keje..mmmm memang sedap..
jom tengok resepinya..
Bahan-bahan:
250 gram butter
1 cawan gula halus
2 cawan tepung naik sendiri
1/3 cawan susu pekat
20 biji prune
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil ovalete
Cara-caranya:
1. Panaskan kukusan dulu...
2. Pukul butter dengan gula hingga kembang.
3. Pukul telur + esen vanila hingga kembang dan masukkan sedikit demi sedikit dalam adunan butter sambil dipukul..(my senior masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul...)
4.Masukkan ovalete pukul dan masukkan susu pekat, kacau
5. Prune boleh dikisar tapi aku cincang-cincang aje kemudian masukkan dalam adunan dan pukul seketika.
6. Akhir sekali masukkan tepung dan kacau rata.
7. Masukkan dalam loyang dan kukus dalam 1 hingga 1 1/2 jam (hingga masak ler...)
p/s: tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air kukusan jatuh dalam kek anda...

Thursday, March 3, 2011
DiKAu Pergi Jua.....Besarnya Pengorbanan Ibu...
28 Februari 2011- berakhirlah riwayat seekor kucing bernama KIPPI. Kippi dalam peliharaan aku tak sampai setahun. Tahun lepas aku ambil dia di kedai makan, tarikhnya 13 Mac 2010 .Waktu tu dia masih kecil...ceritanya kat SINI..
Kippi jenis kucing yang tak banyak kerenah...senang jaga dia...ingatkan dia masih kecil.sebab badannya memang kecil molek jer...rupanya dah termengandung dan beranak pada 1 Disember 2010 yang lalu...time tu memang tak buat rumah kucing lagi jadi ikut suka dia orang jer dok kat dalam or luar rumah...tak perasan pun dia dah nak terberanak (tau la dah pregnant)...tiba2 esoknya terdengar bunyi anak kucing..jenuh cari keliling rumah tak jumpa...rupa-rupanya beranak dalam rumput tepi pagar rumah aku...nasib tak hujan malam tu...terus ambik anak2 dia bawa masuk rumah...kesian Kippi..dah la masa pregnant ada kisahnya kat SINI...
Kippi beranak lepas Molly beranak...so kengkadang dia susukan anak-anak Molly sama. Bila dah buat rumah kucing..semua tinggal kat dalam tu jadi selalu la jugak dia jadi ibu susu pada anak-anak Molly...hinggakan aku perasan badan dia makin susut...makin kurus...bawa pergi pejabat haiwan ..dapat vitamin jer...asingkan Kippi dari anak-anaknya...dia dah mula tak mau makan...aku buatkan bubur nasi campur ikan ..suapkan dia...bagi rebusan ayam...
hingga hari Ahad 27 .2.2011 tu dia langsung tak mau...apa yang aku suap dia muntah balik...pasrah masa tu....
Pagi 28.2.2011...anak aku demam so ambil cuti..pagi2 hantar 2 org anak pergi sekolah... Balik tu masih gelap lagi tapi perasan macam ada benda dekat tiang sebelah kereta husband..Bila aku pergi tengok....mmm..memang sah Kippi dah tiada...dia dah mati...mati kerana kekurangan zat..aku dah buat yang terdaya...moga dia lebih bahagia...Andainya ini yang terbaik buat Kippi dan juga kami sekeluarga aku redha dengan ketentuanMu... sekarang ni aku pastikan agar Tessa dan Molly tidak kekuranngan zat macam Kippi...terharu kerana memang berniat nak neuterkan Kippi bulan ni lepas bawa Molly bulan lepas....
Sunday, February 20, 2011
Tiada lagi gambar kucing...tiada lagi resepi masakan....
Hmm..kamera sudah rosak..
rasa tak seronok nak update blog tanpa gambar2 yang akan menceriakan blog aku ini...
Nak letak aksi anak-anak bulus...
Nak letak gambar-gambar masakan dan berkongsi resepi...
Tapi tak boleh...geram betoi...memang la boleh update tanpa gambar..
tapi rasa macam kurang jer...
macam masak kari tanpa asam..masak asam pedas tanpa kantan..hehe..
Ini adalah gambar terakhir yang aku sempat rakam sebelum kamera rosak..
Roti Jala..

selalu jer buat roti jala ni...tapi bila tengok design jala dari
Dapur Kak MAZ ni rasa terancam sungguh...
kalau nak resepinya ikut resepi kak Maz ler sebab aku selalu buat main agak-agak jer...asalkan ada tepung , telur, garam, air, pewarna sikit jadilah...
ni lah hasil jala aku...tapi tak leh lawan jala kak maz tu...fuhh...sungguh kemas...cantik..menarik..tertarik...

Sunday, February 6, 2011
BILA KAMI DAPAT KELUAR
Kami suka rumah besar kami...
tapi...
kami lagi suka kalau dapat main kat luar...
boleh main kejar-kejar...
main panjat-panjat...
tapi...
kami lagi suka kalau dapat main kat luar...
boleh main kejar-kejar...
main panjat-panjat...
tapi mama tak boleh keluar..dia dalam pantang lagi...
Papa pun tak boleh keluar nanti dia cari awek..pastu tak mau balik,,
kalau mereka dah besar mesti meriah lagi rumah kami...
nanti boleh buat team bola pasukan oren....
kalau dapat tangkap ler....hehe...
Subscribe to:
Posts (Atom)