Sunday, September 30, 2018

Masakan hasil kebun : Spagethi Olio Ulam Raja dan Creamy Soup Labu Butternut Golden Phoenix

Pagi ni tuai labu sulung butternut golden phoenix. Benih labu beli online di semua menjadi. Benih labu butternut, aku ingatkan labu butternut yang leher panjang tu..tapi rupanya labu butternut phoenix..lagi la suka comel je saiznya. Jenuh gak la menggoogle mencari nama varieti labu ni..sebab rupanya tak sama dengan labu butternut yang biasa tu.. panjang lonjong mcm labu sayong. Apa pun aku suka labu ni. Saiznya comel 😚

Tuai juga cili padi dan ulam raja. Rancang nak buat breakfast Spagethi Olio Ulam Raja. Labu buat creamy soup. Kegemaran anak-anakku.



Rupa labu butternut phoenix yang dibelah

Creamy Soup Butternut Golden Phoenix Squash

Resepi Sup Krim Labu
1/2 biji labu butternut (kalau labu biasa 1/4 dah cukup)
1 kotak cooking cream
1 kiub ayam
1 biji bawang besar dimayang
5 ulas bawang putih hiris nipis
Serbuk Lada putih+lada hitam
Parsley dihiris halus tapi aku guna ulam raja.

Cara cara :
Tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu n keperangan.
Masukkan labu yang dipotong nipis. Tambah secawan air. Biar mendidih sehingga labu empuk.
Tambah kiub ayam, lada hitam n putih.
Biarkan sejuk seketika. Blender semua bahan. Masukkan kembali dalam periuk dan tambah cooking cream. Suaikan kepekatannya. Jika terlalu pekat tambah air.
Kacau atas api perlahan hingga mendidih. Tutup api.
Sedia dihidangkan. Tabur hirisan ulam raja atau parsley.

Spagethi Olio Ulam Raja

Bahan-bahan:
1 paket spagethi direbus dan toskan
6 tangkai cili padi
7 ulas bawang putih dicincang
Sekeping dada ayam dicincang halus
5 sosej
(Boleh letak bahan protein yang anda suka udang, sotong)
1 ketul kiub ayam
Garam secukup rasa
Minyak zaitun untuk tumisan
Keju parmesan
Secekak ulam raja dicincang/dihiris halus

Cara cara:
1. Tumis bawang putih dan cili padi
2. Masukkan bahan protein ayam dan sosej.
3. Biarkan hingga ayam dan sosej masak.
4. Masukkan kiub ayam dan garam. (Garam tak perlu banyak sebab kiub dah masin.
5. Masukkan spagethi yang telah direbus. Kacau sebati.
6. Tutup api. Masukkan hirisan ulam raja dan gaul sebati.
7. Angkat dan tabur keju parmesan di atasnya.

Saturday, September 15, 2018

Tuaian dan update kebun 14 Sept 2018

Alhamdulillah, sejak berkebun bekalan sayur di rumah tak pernah putus. Adakalanya berlebihan dan menjadi rezeki jiran-jiran dan juga sahabat handai. Nikmat rezeki yang Allah berikan...dapat berkongsi rezeki dengan yang lain.

Harini petik sayuran terung panjang putih dan purple serta terung bulat, kacang kelisa, bendi dan cili. Bendi hanya ada tiga pokok tetapi hasilnya setiap hari sangat lumayan..lebih 10 biji tuaian bendi setiap hari. Aku  sedekahkan kepada yang nak, sebab setiap hari takkan nak makan bendi kot. Terung putih pun ada 3 pokok. Selalu buat goreng tepung. Anak - anak ada yang makan ada yang tak..jadi terpaksalah masak sayur yang diaorang makan juga. Mereka lebih gemar makan sayuran berdaun seperti bayam, pak choy, kailan or sawi.

Tanaman jagung juga semakin membesar. Harap- harap dapatlah merasa jagung hasil tanam sendiri.

Petak jagung, bayam dan sawi hijau

ulam raja

Beluncas comel😊

Pokok bendi penghujung musim

Labu butternut

sawi bunga

Sawi hijau

Sunday, August 26, 2018

Ayam Goreng Daun Selasih/Basil


Bila berkebun banyak tanaman yang dapat kita olahkan menjadi makanan kegemaran keluarga. Ayam goreng bersama daun basil antaranya, menjadi kegemaran kami sekeluarga. Kadang2 goreng bersama cili kisar dan sedikit berkuah. Kadang kadang aku goreng kering. Apa pun keduanya tetap enak dimakan bersama nasi putih.
Aku kongsikan resepi simple ini agar ia menjadi satu sedekah ilmu yang bermanfaat buat pengunjung blog ini.

Ayam goreng daun basil:
2 keping dada ayam potong dadu
Segenggam daun basil/selasih
5 biji cili padi(ikut rasa kepedasan)
2@3 ulas bawang putih dicincang
1 biji bawang besar dimayang halus
1 sudu kicap
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
Garam n lada hitam secukup rasa
Minyak secukupnya

Cara-cara:
Gaul ayam dengan garam dan lada hitam.
Tumis bawang putih, bawang besar dan cili padi(dipotong kecil). 
Masukkan ayam. Kacau seketika.
Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap.
Masukkan daun basil. Masak hingga agak kering.
Angkat dan hidangkan.

Pokok basil dan pepper mint
di halaman rumah


Saturday, August 25, 2018

Sayuran di kebun

Pakchoy
Hari ni nak update jenis sayuran yang aku tanam di kebun halaman rumah. Semua sayuran ni adalah organik. Baja baja yang digunakan adalah baja organik sama ada dibeli atau ada juga yang aku buat sendiri...time rajin la...

Sayuran pelbagai jenis ditanam peringkat demi peringkat. Ada juga yang dah habis dituai pada ketika posting ni ditulis.

Kangkung, sawi, kailan

Sawi bunga

Cili jambak

Kailan , sawi bunga n kangkung

Lobak putih

Cili padi

Terung ungu panjang

Bendi

Ulam raja

Cili gemok πŸ˜€

Tuesday, August 21, 2018

Aktiviti Kebun Terkini: Kebun Sayur Halaman Rumah

Agak lama menyepi daripada aktiviti berkebun. Hampir 5 tahun rasanya. Kini kebun datang lagi...hehehe...dengan wajah baru yang lebih memberikan inspirasi kepada kami sekeluarga. Kebun aku kini di hadapan rumah, berdepan dengan bilik tidur...ngeeeee...hari-hari intai kebun dari dalam bilik.

kita layan gambar-gambarnya dulu...
Baru upgade

pemandangan dari bilik...

Di waktu malam


Belum siap sepenuhnya lagi
Proses mengupgrade kebun sayur halaman rumah ni aku dan en suami buat sikit-sikit. Bermula dengan mencangkul dan mengorek akar-akar lalang serta rumput karpet yang bermaharajalela..hihi. Pokok ceri kampung juga ditebang dan proses mengeluarkan akarnya juga mampu mengeluarkan peluh peluh jantan. Hahaha.... Di lain masa aku akan tunjukkan semua jenis tanaman yang aku tanam. Ni baru pembuka semangat...hihihi....

Bercuti di Profolio@Straits Quay Penang

Assalamualaikum. Lama sungguh tidak menjenguk blog ini. Sudah bertahun rasanya menyepi . Musim cuti sekolah tiba lagi. Biasanya waktu beginilah ramai yang mengambil peluang untuk bercuti bersama keluarga. Terdetik nak menulis di blog bukanlah kerana ingin menunjuk" ke mana keluargaku bercuti tahun ini". Namun sewaktu menggoogle tempat yang bakal aku pergi..hanyalah diwebsite percutian seperti Agoda, Booking.com sahaja yang ada. Tiada maklumat daripada blog blog peribadi seperti tempat percutian yang lain. Aku suka membaca blog-blog peribadi kerana mereka lebih jujur begitu juga dengan gambar-gambar yang disajikan.

Punya lama tak singgah sini...asik membebel la pulak..adoiii...Ok ceritanya aku bercadang tahun ni nak pergi bercuti di Penang lagi. Sebab dekat...yeaaa...Kami menginap di Apartment Profolio di Straits Quay Penang. Memang bestlah tinggal kat sini. Ada kolam renang untuk anak anak yang suka sangat main air. Yang bestnya kolam renang kat sini tak ada orang pun..haha..jadi macam milik peribadilah..tempat ni agak privacy. Mungkin tak ramai yang tahu.

Tak payah cerita panjang lah...layan jer gambar-gambar ni..

Pemandangan waktu siang dari bilik hotel

Waktu Petang

Ruangan Dapur


Ada gym juga...

Ruang makan










Boleh main tenis juga..











Kolam Renang kedua
waktu malam






Sunday, September 29, 2013

Resepi dari Kebun

Hasil Tuaian

Hasil Masakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...