Saturday, May 23, 2015

16 Mei

Tanggal 16 mei setiap tahun pasti merupakan hari yang ditunggu oleh para pendidik. Hari inilah mereka akan diraikan...walaupun hakikatnya yang meraikan mereka adalah mereka sendiri. Ada yang kata Hari Guru adalah hari syok sendiri. Rancang aktiviti sendiri, Main sendiri, tukar-tukar hadiah sesama sendiri...hihi..apapun asalkan insan yang bergelar guru tetap bahagia dan gembira.

Setiap insan yang bergelar guru pasti merasa gembira apabila menerima ucapan-ucapan daripada anak didik tercinta. Biarpun tanpa hadiah, cukup sekadar ucapan terima kasih sebagai menghargai guru, pasti cukup bermakna buat kami para pendidik. Aku juga tidak terkecuali merasai keindahan suasana itu. Indah apabila diri dihargai, disayangi dan diingati oleh insan-insan yang pernah bergelar pelajarku.

Semakin hari berlalu...semakin usia meningkat....semakin jiwa mudah tersentuh.... Tersentuh dengan kata-kata dan ucapan daripada anak didik. Lantas ingin aku coretkan di sini. Agar suatu hari nanti aku bisa singgah lagi, mengenangkan kenangan lalu. Mungkin waktu itu sudah tidak sama dengan waktu sekarang. Mungkin waktu itu insan yang mengingatiku sudah tidak seperti waktu sekarang. Mungkin yang ada sekarang tidak sama dengan yang akan datang... Jika umur masih panjang, jika keadaan masih mengizinkan..aku akan terus begini ..tanpa jemu terus mendidik anak bangsa. Aku bahagia melihat kejayaan mereka. Itulah hadiah paling bermakna buat insan yang bergelar GURU.

video
Inilah pertama kali aku mendapat hadiah yang lain daripada lain. Sebuah lagu yang diciptakan khas untukku..pasti menjadi ingatan di sepanjang hayat. Dalam keadaan tekanan menghadapi peperiksaan awam, masih sempat lagi mencipta lagu. Aku rasa bersyukur dan terharu atas pemberian ini. Terima Kasih anak didikku. Semoga beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Semoga dirimu sentiasa dalam rahmat Allah. Terima kasih Allah kerana menemukan aku dengan anak ini... darinya aku lebih menghargai kehidupan.

Aku selitkan juga kata-kata yang paling menyentuh hatiku. Biarpun mereka ini daripada kaum yang berbeza denganku, namun rasa hormat dan kasih pada guru menjadikan aku sangat terharu. Terima kasih semua....

Tak lupa juga buat bekas pelajar yang bersusah payah menghantar kek pada hari sambutan di peringkat sekolah. Walau pun mungkin aku tidak pernah buat entry khas untuk kamu, namun hakikatnya aku tetap menyayangi kamu sama seperti yang lain. Untuk Azren kalau-kalau singgah di sini... terima kasih diucapkan. Buat sahabat baik kamu Roslan yang kuat merajuk itu juga... walaupun tidak ada gambar di sini... cikgu juga sayang kamu.
azren...ensemkan... :)

masita yg cumel...

kek yang sedap...

wajah kesayangan hamba...

azreen, wahab, amalia, aisyah n masita..tqvm
wajah anak-anak yang tak lupakan gurunya..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...