Tuesday, August 20, 2013

Tomatoku dan tomatomu

Di awal penglibatan aku dalam berkebun kecilan ni aku mula dengan tanaman timun jepun, kobis dan tomato. Timun jepun dah banyak kali merasa hasilnya. Kobis pula baru merasa daunnya. Bebolanya baru mula terbentuk.

Harini nak tunjuk perkembangan tomato pula. tomato dah mula berbuah. Ada lebih kurang 6 pasu/polibeg. Ada yang berbuah lebat , ada yg kurang ada yang baru berbunga. Aku juga ada beri satu polibeg tomato pada rakan sekerja. Tapi tomato dia yang dulu berbuah( dia letak baja buah)..Aku kononnya nak biar semua organik..

Tomato rakan aku yg aku bagi pokoknya...dah masak la..(jelesnya)

Tomato aku yang baru nak membesar

Bila nak masak ni...harap sihat semuanya..

Monday, August 5, 2013

Rezeki Aku dan Rezeki Kamu

Alhamdulillah.. hujung2 Ramadhan ni masih ada rezeki dari Allah buat aku dan juga kamu.

Rezeki aku akan dijadikan masakan untuk berbuka nanti. Sayur daun kobis, terpaksa tuai awal kerana batangnya mulai lembik/lecur. Bendi emas dlm 2 biji cukup utk dicampur dlm kari. Bunga telang baru belajar berbunga buat ulam jer. Cili merah  dan daun bawang putih dan bawang merah buat rencah sayuran kobis.

Tuaian hari ini buat menu iftar.
Ulat Beluncas enak menikmati cili muda

Pokok kobis yang diserang ulat daun

Sunday, August 4, 2013

Kawalan Biologi: Menghapuskan Bena/Kutu Daun/Aphid

Bila dah mula menanam sayuran sendiri, pastinya kita akan cuba mengelak daripada menggunakan racun serangga. Serangan serangga perosak kadangkala boleh melumpuhkan semangat kita untuk bercucuk tanam. Begitu juga aku, apabila timun jepun yang sihat mula diserang bena/kutu daun.

Aku dah cuba semburan larutan pencuci + air + minyak. Memang bena-bena ni meninggal tapi esoknya ada semula. Sembur lagi, mati lagi esok ada semula(yg lain ) begitulah seterusnya. Akhirnya daun timun yang mula kekeringan/melecur.

Akhirnya aku buat keputusan biarkan aje. Kalau Allah kata itu rezeki bena2 tu aku redha jer. Kalau ada rezeki buat kami sekeluarga alhamdulillah. Akhirnya bena2 tu mula berkurang(walaupun masih ada) , timun jepun mulai membesar dan alhamdulillah dapat juga merasanya.

Daun Timun Jepun yang diserang bena.
Namun kini bena-bena tu mula menyerang daun tembikai pula. Bersuka ria mereka dibawah gulungan daun tembikai tu. Sakit hati aku sembur lagi..mati lagi tp muncul lagi...berulang lagi kisah aku dan bena daun..hehe..

Tapi 2 hari lepas aku jumpa makhluk lain pula bersama-sama bena bawah daun tembikai. Rupanya macam ulat warna hitam, belang kuning sikit. Ganasnya rupanya aku penyet dia...gemuk pula tu...Timbul juga persoalan, dia ni baik ke jahat???

Aku google la..rupanya nama menatang ni LACEWING LARVAE (larva lalat jala).. Ohhhh larva lalat lagi...Larva lalat ni BAIK tau....Dia makan bena-bena / aphid yang jahat tu..Sama fungsi macam LADYBIRD yang kiut tu...Maafkan aku kerana telah memenyet beberapa ekor daripada kalangan kamu. Hanya kerana rupa kamu yang ganas tak macam cik ladybird tu...aku tersalah sangka...

Cik Ladybird tengah mentenet atas daun cili

  
Ni la larva lacewing bawah daun tembikai (maaf kamera hphone jer..blur..)
Rupanya di negara yang menjalankan pertanian organik besar-besaran memang menggunakan kaedah kawalan biologi ni. Larva ni dilepaskan di daun-daun tumbuhan untuk mengawal serangan bena. Bestnya hidup dalam kitaran biologi ni. Ada perosak , ada pemangsa...Aku nak biar jer larva lacewing bekerjasama dengan kumbang kiut tu mengawal bena-bena ni...

Gambar larva lacewing dr google...
Lalat lacewing (gambar drp google)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...