Sunday, June 23, 2013

Musca Domestica vs Hermetia Illucens


Hermatia Illucens/ Black Soldier Fly/Lalat Askar Hitam( sumber: en google)

Hari ini nak cerita pasal lalat pula, lebih tepat lagi pasal larvanya. Bermula kisah ini apabila eksperimen aku untuk membuat kompos daripada bahan buangan dapur. Bawang, cili, kentang, kekacang yang dah rosak aku masukkan dalam tong dicampur dengan air gula merah (aku jumpa cara tu dari en google). Beberapa hari lepas tu aku nampak ada larva atau ulat dalam bahasa mudahnya. Aku rasa mungkin ulat lalat kot, terfikir nak buang jer. Tapi masih ada rasa ingin menyelidiki, aku perhatikan larva ni lain macam sikit daripada larva lalat. Aku teruskan pencarian sehinggalah aku menemui sesuatu yang baru. Luasnya ilmu Allah ini dan betapa ceteknya pengetahuan hambamu ini..
Larva Lalat Askar Hitam/Black Soldier Fly atau nama saintifiknya Hermetia Illucens: inilah salah seekor daripada tong kompos aku. Larva ini berada di telapak tangan anak aku...
Rupa larva yang aku temui adalah seperti di atas. Aku telah menjalankan pencarian dan pembacaan dibeberapa blog. Larva ini digunakan dengan meluas di negara-negara barat sebagai agen pencernaan sisa buangan dapur. Ia juga telah dikomersialkan. Kalau tak percaya aku sertakan beberapa link yang boleh dirujuk:
http://blacksoldierflyblog.com/
http://www.steamykitchen.com/21602-make-3-day-compost-black-soldier-fly-larvae.html
http://gardenpool.org/beneficial-insects/black-soldier-fly-composter-automatic-chicken-feeder
Selebihnya anda boleh menggoogle sendiri dengan menaip Black Soldier Fly Compost...

Walaupun aku dah yakin yang larva aku temui ni daripada spesis black soldier fly aku masih was-was kalau ia adalah larva lalat rumah. Aku juga telah mencari dan jawapan yang aku temui memang puas hati.
Larva lalat rumah/House Fly atau nama saintifiknya Musca Domestica adalah berbentuk seperti ini:
Perbezaan antara BSFL dan larva lalat adalah:
  1.  Saiz: BSFL adalah lebih besar/panjang berbanding larva lalat
  2. Bentuk: BSFL berbentuk bulat pipih macam udang lipan manakala bentuk larva lalat bulat macam baby karrot
  3. Tekstur: BSFL agak kasar dan mempunyai ruas katam yang jelas manakala larva lalat lebih licin.
  4. Tumbesran: BSLF memerlukan masa yang lebih lama untuk menetas dlm 4 hari tp larva lalat dlm masa 24jam jer. BSFL juga membesar dlm masa berminggu sebelum menjadi pupa tapi lalat dlm beberapa hari jer.
Itu jer yang aku dapat kongsi hasil pembacaan. Oh ya BSF ni tidak menyebarkan penyakit sebagaimana lalat rumah dan Jangka hayat BSF dewasa dalam seminggu jer. Pastu dia mengawan dan bertelur. Hidupnya lebih lama sebagai larva. Sebenarnya larva lalat rumah pun ada gunanya. Ia banyak digunakan dalam bidang perubatan untuk merawat luka. Setiap makhluk yang Allah jadikan tentulah ada gunanya.Tidaklah Dia menjadikan sesuatu itu sia-sia saja.

P/S: Mesti ada yang geli tengok blog aku kan...ada ulat-ulat, ada resepi makanan...harap-harap jgn takut nak singgah sini lagi..Terima kasih sudi membaca.


Saturday, June 22, 2013

Lalang dan Manfaatnya

Seringkali kita akan merasa resah apabila lalang telah mula menapak di halaman kita. Begitu jugalah dengan aku sebelum ni. Lalang telah menguasai lebih separuh daripada keluasan tanah yang ada, iaitu di halaman depan dan sisi kiri serta belakang rumah. Ingat rumah ada dikelilingi tanah best, rupanya terseksa bila lalang yang hidup dengan subur tanpa dibaja. Nak upah orang tebas pun satu hal jugak, pernah sekali kena tipu. Aku nak buat sendiri tak terdaya. Minta en suami tolong , kena tengok mood dia. Susah betul rasa, keliling rumah dah penuh dengan hutan lalang.
Sebahagian kecil lalang dihalaman rumah yang masih belum dibersihkan


Tapi semenjak aku mula berjinak dengan aktiviti menanam sayuran, aku mula menghargai lalang. Mungkin lalang yang tumbuh di halaman rumah aku adalah anugerah Allah yang begitu  bernilai. Hanya aku yang tidak tahu dan tak pandai menghargainya. Lalang-lalang yang dimesin dibiarkan kering dan boleh jadikan sungkupan untuk tanaman agar tanah tidak menjadi kering. Yang lainnya aku jadikan kompos, baja organik yang begitu bernilai pada tumbuhan. Aku terpaksa mencabut akar-akar lalang dalam tanah. Tapi aku buat sikit- sikit kadangkala dalam 1 meter persegi, penat ooo cabut akar lalang ni. Akhirnya bila dah besar kawasan yang dibersihkan daripada akar lalang , aku jadikan batas sayuran. Rasa lebih berbaloi daripada simen kawasan keliling rumah (Sebab dulu ada hajat nak simenkan aje tapi kewangan tak mengizinkan).

Tapak Kompos: Lalang yang dimesin dijadikan kompos
Kompos separa masak dijadikan sungkupan untuk menghalang tanah kekeringan. Anak pokok bendi emas dan bendi singa .
Teringat masa dulu, sewaktu menolong orang tuaku ke bendang. Dulu-dulu bendang diusahakan dengan cara tradisional bukan macam sekarang. Lepas rumput dibajak menggunakan tajak, rumput-rumput dikumpul sebaris-sebaris. Masa ni anak-anak ikan sangat banyak. Aku dan kakak-kakak aku suka menangguk(bahasa kami) anak-anak ikan ni menggunakan kelambu lama atau jaring. Anak -anak ikan sedap digoreng dengan serai dan bawang.

Lepas rumput-rampai dah layu, aktiviti melonggok dijalankan di bendang menggunakan sisir (kayu yang macam sikat kat hujung dia tu..). Kami la akan jadi mangsa menolong melonggok rumput-rumput ni. Longgokan rumput ni dibiarkan beberapa lama( hingga masam dan reput). Lepas tu longgokan ni dileraikan dan disebarkan keseluruh bendang. Kalau banyak sangat sebahagiannya akan diletakkan di batas. Sekarang ni barulah aku mengerti yang longgokan rumput tu merupakan baja organik untuk padi dibendang kami..OooH aku sungguh rindu suasana itu...Kutip buah pelam yang ditanam di batas bendang, korek ubi kayu, ubi keledek, jagung yang mak selalu tanam.Sauk anak-anak ikan...Kini bendang tidak lagi diusahakan macam dulu. Lebih mudah..

Wednesday, June 19, 2013

Salmon Grill with Chimichurri Sauce: Menghargai herba


Salmon Grill dan sos Chimicurri, bersama side dish: Garlic Parsley Potato & Sayuran
Hari ni nak kongsi resepi salmon pulak. Resepi ni en suami yang rajin masak, aku rajin makan jer. Sesiapa yang nak diet bagus makan ikan salmon ni sebab kandungan kalori yang rendah. Ikan Salmon juga kaya dengan Omega 3 baik untuk perkembangan otak jadi memang sesuai dijadikan hidangan seisi keluarga tapi tak boleh selalu makan nanti ada side effect....apa tu...kesannya kepala mungkin boleh botak kalau selalu makan ikan salmon kerana harganya yang mahal. Sepotong besar macam dalam pinggan tu lebih kurang RM12.00 di Jusco yang mentah ler...

Resepi Salmon Grill:
  • Ikan Salmon (Fillet) dibasuh bersih, buang tulang dan lap kering.
  • Sedikit lada hitam dan garam ditabur atas salmon tadi.
  • Sedikit minyak zaitun dilumur pada ikan salmon.

Grill ikan salmon atas pemanggang ajaib atau kuali leper. Balikkan bila dah garing jer. Jangan kerap balikkan nanti hancur. Kulit Salmon yang garing sungguh lazat...

Resepi Sos Chimicurri:
  • 4-5 tangkai daun oregano segar
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • 2-3 tangkai daun thyme segar
  • 2 tangkai daun italian parsley
  • 3-5 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan jus lemon
  • sedikit garam
  • 1/4 cawan minyak zaitun
Tumbuk semua herba dan bawang putih. Masukkan jus lemon,  minyak zaitun dan garam. Sedia untuk dihidangkan. Selain enak dimakan bersama Salmon, sos ini juga enak dimakan bersama beef steak.
Kadang-kala kami juga makan salmon grill bersama sos chimicurri dan sos lemon bersama. Cara buat sos lemon amat mudah iaitu campurkan perahan lemon, air, minyak zaitun dan garam dalam botol. Goncangkan. Tuang pada Salmon grill tadi. Rasa masam lemon sungguh kena dengan Ikan Salmon..

Oregano

Ketumbar/coriander

Thyme


Tuesday, June 18, 2013

Kuntuman Kuning Pertama


Inilah kuntuman kuning yang pertama mekar di kebun mini aku. Kuntuman timun jepun. Harap-harap menjadi buah yang sihat. Tak sabar rasanya melihat ia bertukar menjadi putik buah. Moga diizinkan oleh Allah.

Monday, June 17, 2013

Tanam Timun Jepun Menggunakan Keratan Batang

Anak timun jepun yang disemai drp keratan batang. Asal induk yang batangnya dirosakkan serangga .

Dah lama nak post pasal penemuan yang tak sengaja ni. Asalnya pokok timun jepun aku yang sedang subur membesar tiba-tiba jadi layu. Bila di teliti nampak kesan calar pada pangkal batang. Mungkin kena serangan serangga kot. Rasa kecewa juga la. Terpaksalah aku potong pokok tu. Aku potong dua dan campak dalam plastik yang ada semaian kentang.

Berhari selepas tu aku pelik juga bila tengok batang timun yang aku potong dan ada dalam semaian kentang tu, daunnya masih hijau dan tak layu. Bila aku angkat tak sangka batang timun tu dah ada akar rupanya. Apalagi terus cucuk atas tanah. Tak lama lepas tu tumbuh daun baru. Baru aku tahu yang pokok timun boleh dibiakkan melalui keratan batang.

Rupa batang timun yang dirosakkan oleh serangga. Peringkat awal.

Tuaian Hujung Minggu: Bayam Duri


Bayam Duri. Semasa kecil warna merah bila dewasa daunnya warna hijau dan pangkal batang berwarna merah. Banyak cabang dan ada duri.



Bayam duri telah selamat dituai dan dimasak. Masak simple ajer. Rasanya sedap lebih sedap drp bayam yang dibeli di pasar, itu kata lidah aku dan diakui oleh en suami. Mungkin sebab tanam sendiri kot. Bebas daripada pengunaan racun serangga. Siapa yg belum pernah cuba bayam ni, kalau bayam ni tumbuh melata di pasu2 atau menumpang tanaman yang lain jangan dibuang. Biarkan ia membesar disitu atau alihkan setempat dan bila tiba masanya boleh tuai dan masak. Tapi ambil daunnya ajer sebab batangnya ada duri nanti tercekik pula, aku tidak bertanggungjawab..

Friday, June 14, 2013

Bayam Berduri dan Nilai Perubatannya

Masih ingat lagi tentang bayam tumpang yang aku kutip di batas sayuran? Kini bayam ini telah membesar dengan sihat. Hari ni tergerak untuk membeleknya, selalu belek2 gitu jer. Tapi hari ini aku terpandang duri antara dahan dan daunnya. Dalam hati aku tertanya juga entah2 bayam ni tak boleh makan kot. Lebih baik cabut buang jer. 
 
Ini la rupa bayam berduri..duri-duri halus antara daun dan batangnya


Ramainya anak bayam berduri ni..nak simpan ke nak cabut??..

Aku cuba bertanya en google dulu. Wah penemuannya menyebabkan aku berfikir semula untuk membuang bayam ni. Rupanya bayam ini mempunyai nilai perubatan yang sangat tinggi. Daripada daun , durinya hinggalah ke akarnya mempunyai khasiat. Menurut Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap,(drp blog: http://kebunketereh.com)
Antaranya:
1. Daunnya boleh digunakan untuk merawat jerawat dan melembutkan wajah.Caranya dengan meramas daunnya dan lulurkan ke wajah...Menarik ni boleh cuba..he he..

2.Daun bayam duri juga dipercayai dapat mengubati asma termasuk mengeluarkan lendir yang berlebihan iaitu dengan meminum air rebusannya.  Tiga atau lima batang bayam duri direbus sekali bersama-sama daun dan bunganya dengan lima gelas air selama 10 minit.  Minum air rebusannya sekurang-kurangnya empat kali sehari dengan sukatan satu gelas untuk orang dewasa dan setengah gelas untuk kanak-kanak.

3.Bagi sakit demam atau menambahkan susu badan, air rebusan seluruh pokok bayam duri perlu diminum dengan sukatan sekurang-kurangnya dua kali sehari.

4.Manakala untuk melawaskan kencing dan mengatasi masalah keputihan,  rebusan hanya menggunakan akar bayam duri.  Akar bayam duri itu dibersihkan dan kemudian rebus sebelum meminumnya sekurang-kurangnya sekali sehari. Untuk melihat kemujarabannya, ia perlu diulangi setiap hari sehingga menampakkan kesan.

5.Meminum air rebusan akar bayam duri sekali-sekala juga boleh mengubati sakit tekak dan lewat datang haid. Air rebusan seluruh pokok atau akar bayam duri boleh dicampurkan gula atau madu secukup rasa.

Thursday, June 13, 2013

Tuaian Hari Ini..

INILAH HASIL TANAMAN HARI NI..ALHAMDULILLAH..REZEKI

BAGI SI CILIK MEMPROSESNYA...


TADA...IBU DAH SIAP UNTUK DIMASAK...

Wednesday, June 12, 2013

SUBURNYA ROSEMARY dan AYAM PANGGANG ROSEMARY lagi

Lihatlah suburnya pokok rosemary aku ni..bertahun aku jaga tau....Perasan jer...Ini rosemary di MARDI C.H. Bila la rosemary aku nak membesar bagaikan johan macam ni...mesti tak abih makan kan...

Kali ni buat ayam panggang rosemary lagi. Tapi menggunakan daun rosemary yang segar. Rasanya berbeza dr menggunakan yg kering jauh lebih sedap..Cubalah.
 Kali ni juga menggunakan sos/gravy yg berbeza dr sebelumnya. Sos cendawan berkrim. En suami yang masak bukan aku. Untuk resepi ayam panggang boleh ikut resepi ayam panggang rosemary di sebelah kanan tu. Untuk sos cendawan pula:
Cendawan butang segar
Bawang besar dimayang halus
Bawang putih dicincang
Lada hitam
Krim Masakan
Sedikit minyak/ butter
Sedikit garam

Caranya;
Tumis bawang. Masukkan cendawan biar layu. Masukkan krim masakan, serbuk lada hitam dan biar mendidih. Perasakan dgn garam(sedikit sahaja).

Inilah pokok rosemary yg berbakti kpd keluarga aku dlm seminggu ni. Baru tangkap drp MARDI.

Monday, June 10, 2013

Benih dah bercambah

Benih -benih yang dibeli daripada blog tanamsendiri.com dah seminggu lebih sampai. Dah semai dan dah bercambah pun. Tunggu masa nak alih ke batas pulak. Tapi aku tak la semai semuanya. Yang lain simpan jadi stok benih .

Antara benih yang dibeli drp En Iskandar @ tanamsendiri.com

Antara benih yang dah bercambah dari kiri: tembikai merah, bendi emas dan labu venus

Salad coral hijau juga dah bercambah

SAWI BERBULU

Hari ni nak cerita pasal anak sawi 50sen yang aku cerita dulu. Anak sawi dah mula keluar daun sebenar. Aku agak hairan juga kenapa sawi ni berbulu. En suami kata mungkin kecil lagi kot. Aku tak puas hati lalu bertanya kepada en google pula. Yey..aku dah dapat jawapannya kat SINI . Ha ha ha..padan muka aku rupanya biji sawi untuk masakan tu menghasilkan sawi berbulu bukan sawi yang kita makan or beli kat pasar tu..Baru ku tahu..

Lihatlah suburnya anak-anak sawi berbulu ni...

Ni la rupa sawi berbulu. Jadi kalau rasa nak tanam sawi beli benih sawi drp pembekal biji benih..hehe..
 

Monday, June 3, 2013

Cambahan Anak Sawi 50sen

Hari ini update benih sawi 50sen dah bercambah dengan meriahnya. Tunggu besar sikit boleh dijarakkan. Tapi dalam keseronokan berkebun ni ada juga yang tak seronoknya. Yang mendukacitakan apabila aku menggembur tanah bersebelahan batas baru tu sambil mencabut akar-akar lalang yang berselirat terjumpa makhluk halus yang menggerunkan. Makhluk halus yang aku maksudkan adalah anai-anai yang bersarang dalam tanah. Sebelum ni ada busut tinggi dalam perdu bunga kantan. En suami tak bagi aku usik tak mahu dia pergi buat sarang kat tempat lain sebelum langkah pemusnahan dilakukan. Rupanya ada koloni lain pulak tapi nampak tak banyak lagi aku tuang minyak hitam jer dulu. Eh ni cerita sawi ke cerita anai-anai..aku pun dah konpius..

Anak sawi

Saturday, June 1, 2013

Hobi Lama Baru Bermula

Aku suka tumbuh-tumbuhan, tapi malas nak tanam sebab malas nak maintain jaga..kesimpulannya memang pemalas ler...tapi 2 tiga minggu ni timbul pula semangat nak bercucuk tanam. Semangat mula timbul bila biji kacang dan biji cili yang aku bagi pada anak aku minta dia semai mula membesar. Tambahan pula ada sahabat yang sama-sama bercucuk tanam ni, beli tanah dari dia ler... Memang subur tanah ni. Dalam entry lepas aku dah tunjukkan gambar anak-anak pokok yang sihat hanya ditanam menggunakan tanah ni. Kali ni aku nak tunjuk pula (menunjuk la tu...) petak sayuran baru.. Semakin berkembang..wah perasan jer...


batas sayuran aku...hepi sangat dapat membersihkan kawasan lalang sebelum ni
     
Anak bayam tumpang. Aku bagi nama bayam tumpang sebab dia tumbuh meumpang anak pokok yang lain. Mungkin benih dari tanah yang aku beli. Aku kutip dan semai dalam petak batas ni..Tunggu dia membesar baru tau bayam jenis apa.


Anak kobis...teruja sungguh tengok kobis ni bercambah...maklumlah tak pernah tanam kobis...ingatkan kobis hanya hidup di tanah tinggi jer...
Biji sawi untuk masakan aku beli nak try tanam...50sen jer punya la banyak boleh buka ladang sawi...tapi aku tak la tabur semuanya....dah bercambah pun tapi kecik sangat gambarnya nanti tak nampak tunggu besar sikit aku akan update...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...