Tuesday, August 20, 2013

Tahniah...Juara Akhirnya

Barisan pemain bola jaring SMKAI bersama PKT6, jurulatih dan pengurusnya...(ada ke pengurus bola jaring yang pakai begitu anggun???)
Hari ni nak cerita pasal anak-anak didik pulak la. Oh ya hari ini aku tidak mengajar kerana membawa pasukan bola jaring untuk bertanding di peringkat Daerah Kerian.

Sebenarnya aku bukannya tahu pun pasal game bola jaring ni tapi memandangkan diberi tugasan sebagai guru penasihat bola jaring maka kenalah mengambil tanggungjawab untuk membawa mereka ini ke pertandingan. Pertandingan antara sekolah-sekolah tingkatan 6 ini adalah kali pertama diadakan pada tahun ini.

Nasib baik ada sahabat aku, Sabrina yang terer main bola jaring ni maka dia dengan rasminya menjadi jurulatih kepada pasukan kami. Dalam hujan pun main juga. Kesian juga aku tengok budak-budak ni basah lencun dan kesejukan. Semangat kesukanan punya pasal redah juga la..

Alhamdulillah, akhirnya rezeki berpihak kepada team SMKAI setelah mengalahkan SMKMS di peringkat akhir, mengalahkan SMKA di peringkat separuh akhir dan sebelumnya telah menewaskan SMKPBG, SMKRLNR dan SABK EHYA.. Tahniah aku ucapkan kepada anak-anak ku ini dan juga jurulatihnya.

Yang bestnya dapat la merasa ke peringkat negeri yang akan diadakan di Batang Padang hujung minggu ni. Bersama dengan ini, team futsal juga akan turut ke Batang Padang. Tahniah buat semua...Teruskan usaha anda dalam apa jua bidang jadilah yang cemerlang..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...