Sunday, December 26, 2010

NaSi AYam HaiNaN


Dah lama tak buat nasi ayam..
Teringat lak resepi Nasi Ayam Hainan..
Resepi ni dapat masa kursus KH 7@8 tahun lepas...
.
Tapi kali ni aku buat tak ikut 100% resepi tu..
Ejas ikut citarasa..hehe..
Ayam pun aku panggang..
Asalnya ayam tu beli nak buat
Ayam Panggang Ala Keni Rogers yg selalu buat tu..
tapi rasa nak makan nasi pulak..
so buat ler nasi ayam..

Jom tengok resepinyer...

Nasi:
4 cawan beras wangi/siam
air rebusan ayam
1 kiub ayam
1 sudu makan mentega
bawang merah dimayang
halia dimayang
sedikit pewarna kuning@serbuk kunyit

Caranya:
1. Basuh beras bersih dan toskan.
2. Cairkan mentega dan tumis bawang dan halia.
3. Masukkan beras, kiub ayam. Kacau. Tutup api
4. Masukkan beras dalam periuk nasi
5. Masukkan air rebusan ayam secukupnya dan masukkan pewarna.
6. Masak ler nasi tu...

Ayam Panggang( boleh juga digoreng):

1 ekor ayam (potong 4)
kicap cair
kicap pekat
minyak zaitun (kalau nak aroma lagi best guna minyak bijan)
sos lea n perrins(WS)
1 labu bawang besar
3@4 ulas bawang putih
garam
sedikit lada hitam

Cara-cara:
1. Ayam direbus separuh masak
(biasanya sediakan ayam dulu baru nasi)
2. Angkat dan rendam dalam air sejuk seketika
3.Bawang putih, bawang besar dan lada hitam ditumbuk.
4. Toskan ayam dan perap dengan semua bahan2..1-2 jam
5. Ayam boleh dipanggang atau digoreng..


Resepi Sup:
Air rebusan ayam
1 kiub ayam
2 keping lobak masin(dicincang halus)
sedikit garam dan lada
daun sup
bawang goreng
halia dimayang

Cara-cara:
1. Masukkan halia, lobak masin, kiub ayam, garam n lada dalam air rebusan ayam tadi.
2. Renihkan seketika 10-15 minit.Api kecil.
3. Hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng.


Resepi sos:
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 sudu sos cili
garam dan gula


1. Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga halus.
2.Masak atas api perlahan hingga agak pekat.

Bila semua dah siap...
.
.

Hidang
.
dan.
.
Makannn.....
.
.


Saturday, December 25, 2010

LaPis SRi KaYa



Bahan-bahan:
1 +1/3 cawan tepung gandum
3sb tepung hoenkwe
1 cawan gula
1 biji telur
750ml santan
pewarna kuning
serbuk koko

Caranya:
1. Masukkan semua bahan dalam blender kecuali pewarna dan serbuk koko.
2. Blend semua bahan hingga halus.
3. Bahagi 2 adunan, warnakan kuning dan satu lagi campurkan bancuhan koko.
4. Sediakan kukusan. Kukus selang seli (5 minit satu lapisan)
5. Lapisan terakhir dikukus 20 minit.
6. Angkat. Sejukkan . Potong..

.
.
Hidang
.
.
Makan..

Thursday, December 23, 2010

TUNA ROLL

.

Siang tadi ronda-ronda, pusing-pusing dari satu blog ke satu blog..
teringin lak nak buat menda ni..
tapi dah lupa lak dari blog mana..apa pun terima kasih pada tuan empunya blog sebab bagi aku ilham...

resepi tak ikut tuan blog..sebab dah ada resepi roti so aku ikut resepi yang aku selalu buat jer...

Resepi doh roti macam kat >>>SINI..
Intinya aku guna tuna mayonis (tuna spread ayam brand)
sebenarnya nak cari tuna jer tapi kat kedai itu jer yang ada..
rembat jer la..len kali buat inti sendiri pulak..

tuna spread ni ok ler tapi agak masam sikit..
lebih enak kalau kita buat sendiri guna tuna n campur mayonis n bahan-bahan lain..

aku cuma tambah daun bawang n black pepper sikit..

Cara nak buat;
1. Sediakan doh roti macam biasa.
2. Kalau ikut resepi aku ni boleh bahagi 2 doh tu..kalau nak buat semua roti ni boleh jer, aku buat separuh jer, separuh lagi buat donut..
3. Canai doh, sapukan butter cair dan letakkan inti tuna.
4. Gulung macam buat kek gulung tu.
5. Potong agak-agak ler...lebih kurang kek gulung jer
6. Bakar suhu 180 degree lebih kurang 20 minit.
7. Roti boleh disapu telur sebelum bakar atau disapu butter..

Bila dah masak...

.
.
Makan ler..
.
sedap...
.
.
le kali nak buat lagi tapi inti lain pulak..


Sunday, December 19, 2010

Chocolate Moist with Cheese Layer Cake...@ KEK COKLAT LAPIS KEJU...



Hari tu dah buat kek "super moist chocolate cupcakes"....
Oleh kerana rasa coklatnya best , dan dalam peti sejuk masih ada lagi cream cheese maka aku dengan rajinnya menggabungkan kedua-duanya untuk menjadi kek yang lebih lazat...

Tak susah...resepi kek coklat ikut aje resepi cupcakes tu...
gerenti puashati...

Ok aku akan kongsi resepi cheese layer nya pula:

Cheese Layer:
250gram cream cheese
80 gram gula halus
1 biji telur
2tbsp tepung jagung
2 sudu makan yogurt asli

Bahan-bahan ni adalah lebihan yang buat Blueberry Cheese Cake itu ari...
Jadi ...jangan membazir kita buat yang lain pula...

ok...jom tengok cara buat "Cheese Layer"
1. Pukul cream cheese hingga kembang.
2. Masukkan gula dan pukul.
3. Masukkan telur, yogurt, pukul dan masukkan tepung jagung.


Cara buat kek ni:
Boleh dikukus atau dibakar...
Aku bakar sebab loyang tak muat periuk kukus...
kalau kukus lebih lembab...
Tapi bakar pun lembab..n lebih rasa keknya..
so terpulang yer...

1. Masakkan lapisan coklat dahulu lebih kurang 20-30 minit.
2. Kemudian masukkan lapisan cheese juga 20-30minit.
3. Akhir sekali lapisan coklat..juga 20-30 minit..
4. Bila dah masak...sejukkan dan hias ler ikut kreativiti...
5. Biar dalam peti sejuk...lebih sejuk lebih enak...



Jom...

Makan....
.
.
.

le

Saturday, December 18, 2010

MeReKa dAN KeLuaRga MerEka..(1)

Hari ni nak memperkenalkan keluarga En Shiro dan Pn Tessa...
hahaa...Kucen ada gelaran En dan Pn ke??..
Apa-ape je lah...

Ni si cumel tiga ekor masa kecik2 dulu...
suke tengok time kecik camni...

Ni la bapanyer..SHIRO..

ni bonda...TESSA...

atas kaler bonda...bawah kaler bapa..


nak geget sikit...

dah besar...
susah nak tangkap gambo 3 ekor...

Super Moist Chocolate Cupcakes


Hari ni rasa nak buat coklat kek pula...
Try guna resepi ni...mmm memang betul2 moist...5 bintang aku bagi...
dah tu senang sangat nak buat...
tak payah pukul..

Buat cupcakes untuk anak-anak..
Biar diaorang decorate sendiri..memang suka la anak-anak...


Jom tengok resepi dulu:(dalam 20 biji)
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan gula perang
3/4 cwan + 2tbsp tepung
1/4 cawan + 2tbsp serbuk koko
3/4 tsp baking soda
3/4tsp baking powder
1/4tsp garam
1 biji telur
1/2 cawan susu cair
1/4 cawan minyak
1tsp vanilla
1/2 cawan air panas.

Cara-cara:
1. Panaskan oven 175 degree.
2. Tepung + serbuk koko + soda + b.powder diayak.
3. Masukkan gula halus+ gula perang + garam.
4. Masukkan telur, susu, minyak, vanila dan kacau sebati.
5. Masukkan air panas. Kacau rata.
6. Masukkan dalam acuan cupcake dan bakar 20 minit.

Tada...siap..

.
.

Angkat dan sejukkan sebelum dihias..
.
.
.
.
.

Ni rupa kek yang dihias oleh anak-anak aku..
Krim tu dah mula mencair..nampak sememeh sikit..
Asalkan diaorang hepi n ngap..sudah..

Untuk Nur Nabeeha...
.

Ni Nur Iman punya...

ni Nur Ameerul punya...

Ni Nur Hisham punya...

len kali wat bagi sejuk betoi ..supaya krim tak cair..

Wednesday, December 15, 2010

PAI TEE

i

Jom buat Pai Tee pulak...
Enak dimakan di waktu petang...

Tapi kena sabar sikit sebab kena buat kulit(topi) nya dulu..

Bahan kulit:
1 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi
1/2 biji telur
1 cawan air
1/2sk air kapur
secubit garam
sedikit lada sulah

1. Campurkan semua bahan dan kacau sebati.
2. Goreng guna acuan pai tee.


Inti:
Karrot
Sengkuang
Timun
Isi udang/ayam
garam
lada sulah
1 biji cili api(ketuk)
2 ulas bawang putih

1. Sayuran diparut halus .
2. Tumis bawang putih dan cili api.
3. Masukkan isi ayam/udang.
4. Masukkan sayuran, perasakan dgn garam n lada sulah.
5. Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan dlm kulit.
6. Boleh dinikmati bersama sos..
(aku guna sos steamboat jer..sedap..)


d

Tuesday, December 14, 2010

Puteri Ayu nan Jelita lagi Gebu....


Jom masak kuih gebu-gebu ni...sedap...

Bahan-bahan (25 biji...tak abih makan tu..)
2 cawan tepung gandum
1/2sb baking powder
3/4 cawan gula halus
3/4 cawan santan
2 biji telur ayam
1/2sb ovalette
air daun pandan @ pewarna hijau
kelapa parut
1/2sb tepung ubi
sedikit garam

Jom tengok cara-caranya pulak..

1. Gaul kelapa parut, tepung ubi dan garam. Masukkan dalam acuan yg telah digris dengan minyak dan tekan sedikit.

2. Ayak tepung + baking powder.

3. Pukul telur dan gula hingga kembang

4. Masukkan ovalette dan pewarna hijau. pukul

5. Masukkan tepung sedikit kemudian santan sedikit(selang seli) hingga habis.

6. Masukkan adunan dalam acuan .
(Pastikan periuk kukus telah tersedia)

7. Kukus lebih kurang 5 hingga 10 minit.

Jom kita makan...

nyum...

Monday, December 13, 2010

Oreo Blueberry Cheese CAke


DAh lama teringin nak try buat cheese cake ni..
Harini mesti buat juga..
Godek-godek resepi dan combinekan jadilah resepi aku sendiri pulak..

Senang jer...tak payah bakar, tak payah kukus..ni versi yang pertama

Jom tengok resepi aku buat camne...

Bahan-bahan;
Untuk Base dulu:
Sebungkus biskut Oreo
1/2 cawan mentega cair


1. Kisarkan biskur Oreo(buang krim ditengah tu)

2. Campurkan dengan mentega cair. Kacau

3. Tekan dalam loyang dan masukkan dalam peti sejuk.


Kek pula:

250g cream cheese Philadelphia

1/2 - 3/4 cawan susu pekat(ikut citarasa)

3 sudu makan yogurt asli

2sudu makan jus lemon

2 keping biskut Oreo yang dihancurkan

2sb gelatin larutkan dalam 1/2cawan air mendidih

1. Pukul cream cheese(suhu bilik) hingga lembut/kembang

2. Masukkan susu pekat, pukul

3. Masukkan yogurt, jus lemon,gelatin, dan serbuk oreo, pukul sebati.

4. Masukkan dalam peti sejuk semalaman.
5. Hiaskan dengan jem blueberry.

Untuk mengurangkan rasa manis jem tu aku masukkan 1 sudu jus lemon.

Bolehleh dinikmati...ermmm...sedap...

Jom layan gambar...
(first time buat tu yang jakun sket..hehe)



Lepas letak jem blueberry..

Dah siap make-up

Tak sabar sangat nak potong..
(belum semalaman pun..sbb tu base dia bersepah sket..hehe)

Letak Oreo pulak..bagi mengancam sket..
(anak-anak sangat suke...)


Apalagi...jom makan ler....

MMmmmmm ....
Puashati ....
Len kali wat yang versi lain pulak...

Sunday, December 12, 2010

MEE KARi Ayam

<
Bahan-bahan:
Kuahnyer:
1/2 ekor ayam
fish cake
fish ball
kerang
udang
2 sudu cili kisar(kalau nak pedas)
2 paket kecil serbuk kari daging
1 cawan santan
air
asam keping
bawang merah- dimayang halus
bayang putih
halia
lengkuas-diketuk
1 bungkus mee kuning-dicelur

Bahan hiasan:
taugeh
sawi
tauhu goreng
bawang goreng
cili merah

Macammana nak buat?:

Macam buat kari jer...

1. Tumis bawang, halia , lengkuas hingga naik bau
2. Masukkan cili kisar, serbuk kari dan sedikit air. Biar hingga pecah minyak.
3.Masukkan ayam seketika, kemudian masukkan air, santan.
4. Bila dah mendidih masukkan fish kek, fish ball, udang, kerang,asam keping
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Bila dah masak hidangkan..pastikan sayuran dicelur dahulu..

Selamat Menjamu Mata...
.
.
.



Mee kari ayam

Ayam juga boleh digantikan dengan daging... jangan guna daging kucing udah...NAYA...

Jangan LUpa..

Coming Soon..
Oreo Bluberry Cheese Cake:



KUIH LAPIS


Dah lama tak masak kuih lapis ni...
Dulu masa kecik2 time sekolah lagi, selalu gak buat dengan kakak2 aku..
Almaklumlah depa tu belajar SRT kat sekolah..

Sejak tu memang tak pernah masak dah pun. Ni la nak try balik buat,
Resepi ni ikut resepi kat myresepi jerk..
Rasanya ok, sedap dan lembut...

Kalau sesiapa malas nak google kat my resepi boleh ikut sini jer..

Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
(resepi asal guna 1 cwn, aku kurangkan..tak suka manis sangat)
santan fresh RM1 + dengan air jadikan 4 cawan
(resepi asal guna santan serbuk 2 paket)
sedikit garam
minyak 1 sudu

Caranya:
Sangat senang, semua bahan ni masukkan dalam blender(2cawan santan jer, kalau tak tak muat blender kang).

Pastu blend sampai halus..

Tuang dalam bekas dan campurkan lagi 2 cawan santan tadi.

Bahagi 2 dan warnakan ikut citarasa.

Kukus selang seli..(5 minit satu lapisan)

Lapisan terakhir 15-20 minit.

Biarkan sejuk baru boleh potong dan MAKAN....

Saturday, December 11, 2010

Anak-Anak MOlly




Thursday, December 9, 2010

MIKKA : Budak Nakal YaNg CUmel

Layan jer la gambar2 budak ni...


Nak Tido... bez kacau dia ni...

Bagaikan puteri perasan la tu...

Tengok ganazz ke tak...



Bila dah penat cari pot yg sesuai..peberet dia la kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...