Tuesday, April 27, 2010

Aku Boleh Terima Kalau Engkau Terdesak

Pagi- pagi lagi ada berita tentang dirimu...Aku tau aku yang selalu layan engkau..Rasa bertanggungjawab juga ler bila ko buat perangai camgitu...

tapi aku rasakan engkau ada sebab musabab yang jelas dan nyata kenapa engkau buat macamtu..Aku percaya engkau takkan buat khianat pada orang yang dah berbudi pada ko kan...

Memang pagi tadi ada sesuatu dalam sinki bilik guru...Sapa punya kalau bukan si Bubu tu... Aku rasa mungkin dia terkunci dalam bilik guru semalam. Petang semalam dia ada tido kat bilik guru. Aku percaya kalau tak takkan dia nak buat macam tu..

Aku pun tolong ler bersihkan najis si Bubu tu..dah biasa ngan menda-menda tu...
Biar kita buat dengan ikhlas kan...Ok..Bubu len kali jangan melepas dalam bilik guru lagi...or pastikan keluar dari situ sebelum dikunci..

gambo??...takde ..tak ambil pun kang tak lalu pulak tengok blog aku ni...heh3..

Friday, April 23, 2010

Dari AKu Seorang GUru ...AndaiNya Kamu Tahu..Jangan Tak BaCa..

Sedar tak sedar dah sepuluh tahun aku bertitlekan guru. Masa mula -mula posting dulu rasa nak nangis pun ada...tapi sekarang dah ok...dah jadi makanan jer..

Oh aku nak cerita tentang student aku bukan pasal kerjaya aku. Sepanjang 10 tahun aku mengajar,aku rasa yang ni yang membuatkan aku rasa terharu bergelar seorang guru. Bersempena dengan sambutan hari guru, entry ni aku buat khas buat student aku...macam terbalik lak kan...bukan patut student buat entry utk cikgunyer ke??
Apa-apa lah..yang pentingnya ni blog aku so aku punya suka janji aku tak kacau orang ..kan..

Kisah pertama: Seorang student lelaki, aku mula ajar dia masa lower 6..subjek ekonomi..aku tengok dia ni ada potensi utk score paper aku dengan baik...tapi bila bulan disember datang dia kata dia nak pegi UITM .Agak frust gak ler bila student yang kita harapkan nak blah pulak..tapi tak kisahlah itu pilihan yang dibuat takkan aku nak halang kot. Aku doakan yang terbaik untuk kalian semua. Bila dia dah pegi uitm tu aku fokuskan pada yang lain..aku harap yang tinggal ni pun masih boleh teruskan pengajian di Ipta.. Rupanya di UITM tu pun dia kena belajar ekonomi gak..dia selalu contact aku bila tak paham...tapi yang aku nak ceritanya dia sanggup datang belajar ekonomi dengan aku bila cuti. Siap ikut masuk kelas lagi..kalau aku ler..hehe memang dah tak jejak ke sekolah ler... Yang buat aku tak leh lupa bila dia sanggup datang sekolah balik untuk belajar dengan aku, katanya lecturer ajar tak paham sangat...Bukannya aku nak bangga kat sini tapi semangatnya nak belajar yang buat aku terharu...Akhirnya dia berjaya dengan cemerlang dalam paper ekonomi..tahniah...Dan yang lain juga telah berjaya ke IPTA...

Kisah kedua: Seorang student perempuan. Sangat minat dengan subjek ekonomi, hinggakan aku selalu pesan padanya tolong balancekan pencapaian subjek lain juga...Dia memang selalu score paper ekonomi tiap kali ujian or exam...Bila keputusan STPM diumumkan dia datang pada aku dan bertanya" cikgu, ekonomi saya dapat apa??" apa aku nak kata?? bila aku dah tengok dia tak dapat A hanya B saja...aku kata tengok dulu cikgu tak tau...dia terus buat andaian sendiri...mesti saya tak dapat A kan ...terus menangis...dan menangis..bertanya pada semua cikgu yang ada disitu..."Kenapa saya tak dapat A ekonomi??''
mesti cikgu ekeen kecewa....ahh..adikku..aku tak pernah marah itu adalah usaha yang terbaik yang telah kamu lakukan...dan ayatnya lagi buat aku cukup terharu..."Cikgu,..walaupun saya tak dapat A...cikgu tetap dihati saya"...
percayalah kalian semua tetap dihatiku.......

Kisah ketiga: Seorang pelajar aku yang berlainan agama dan bangsa..tetapi aku tak pernah merasakan perbezaan itu. Dia cukup baik, umpama sahabat pada aku..tetapi tetap macam pelajar yang lain juga kadang-kadang perlu ditegur..tapi aku cukup senang dengannya..sangat memahami...

Aku rasa sangat bersyukur pada tuhan kerana merasai nikmat bergelar seorang guru...Kurnialahkanlah kesihatan yang baik padaku Ya Allah agar aku dapat terus berbakti pada anak-anak didikku yang tersayang...pada yang aku tak coretkan disini bukan beerti aku tak tega...bukan aku tak sayang...tapi nanti jadi novel lak..haha...aku sayang kamu semua...semoga kamu semua menjadi insan yang berguna...



Saturday, April 17, 2010

Pengasuh ke Pembuli??..


Naik la atas lagi...mungkin itu yang dikatakan comot pada Kelo.
Comot ni memang rajin sangat melayan Kelo bermain..Kelo pulak tak padan dengan kecik aktif bukan main..tambah-tambah kalau bermain dengan budak comot ni..


Tengok la main bukan main ganas lagi...
Kelo pula suka jer...

Friday, April 16, 2010

KuCiNg SMKAI- si BUBU

Ha..ni kucing yang bertapa kat SMK Alang Iskandar. Kalau dia nampak aku mesti mengiau,..macam tau-tau jer aku ada makanan kucing . Memang sentiasa simpan makanan kucing dalam kereta, manala tau jumpa kucing2 yang kelaparan bagi jer..bukan susah pun.

Aku panggil dia Bubu...eh suka hati aku la nak panggil dia apa pun..
Tapi dia juga disayangi oleh pekerja kantin sekolah. Selalu gak dia dapat makan ikan goreng. Bertambah suka la dia dok kat SMKAI ni...Tinggal tak ikut aku masuk kelas mengajar sekali jer...heh3..

Saturday, April 10, 2010

Aku Juga Ingin Jadi Seperti Kamu!!


Asyik kamu jer yang exercise, sekali-sekala aku juga ingin mencuba. Haa..kamu ingat aku kecil aku tak boleh ker???
Tengok lah aku dah ada atas paddle ni , tapi kenapa belum bergerak lagi..



Mungkin kena baring camgini kot...
Tapi tak bergerak juga...

Last sekali timbang berat badan...berapa gram dah kurang???

Itulah ragam Kelo yang sempat aku rakam..bukan aku yang letak dia atas menda-menda ni semua tapi dia yang naik sendiri..walaupun baru sebulan dan kurang mata sebelah tapi aktif mengalahkan kucing yang lain..

Saturday, April 3, 2010

Empat Dalam Satu

Donut Coklat Warna-warni

Hari ni rasa nak buat donut lagi...tapi tak mau ikut resepi kat myresepi lagi. Resepi aku sendiri, resepi yang selalu guna buat roti..
Mmmm..memang lembut...sejuk pun masih lagi lembut.

Ni Resepinya:
4 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
1 sudu makan butter
1 sudu makan shortening
1 sudu kecil bread improver
1 sudu kecil bread softerner
1 sudu besar yis segera
2 sudu susu tepung
3 sudu besar gula..

Bahan-bahan ni aku uli guna bread maker jer..senang..
Satu adunan dapat 4 jenis masakan..hehe...
ada
1. donut coklat colorfull
2. bun kelapa
3. donut gula (lebihan donut ditengah tu...)
4. donut coklat badam...

Bun Kelapa

Donut Coklat Badam


Donut Comel bergula

Thursday, April 1, 2010

SekSa JaDi CikGu

Itulah tajuk muka depan surat khabar Berita Harian hari ni bersamaan 1 April 2010. Jawatankusa khas ditubuhkan untuk mengkaji bebanan kerja guru yang melebihi dari yang sepatutnya.

Kalau sapa-sapa yang jadi cikgu takkan mengatakan menda ni tak betoi sebab itu adalah kenyataan. Guru sekarang tak sama dengan guru dahulu. Kalau dahulu hanya tumpuan kepada pengajaran sahaja. Tetapi kini semua tugas guru kena buat. Kena uruskan persatuan, unit uniform, sukan, permainan, fail-fail panitia. Belum campur dengan sekolah yang ada ISO. semua nak dilengkapkan. Kadangkala kelas pun terabai.

Aku setuju sangat kalau perkara ini nak dikaji. Tapi bukan setakat kaji saja, tolong ambil tindakan yang sewajarnya demi kepentingan anak bangsa kita sendiri. Fikirkanlah kembali tanggungjawab sebenar seorang guru.

Si TeDI BuAt ConTest

sila klik gambar untuk imej yang lebih besar..

2.2 sebab mengapa kamu berkunjung, membaca dan mengomen di Kadangkala Diam Itu Adalah Lebih Baik?
1. Aku suka baca blog kucing

2. Tulisan-tulisan kamu yang bersahaja membuatkan aku senang baca.

3. Berikan 1 tajuk 'entry' yang paling kamu sukai atau yang terkesan di hati!
Entry tentang Mata Dak Kimo...Aku tak boleh tengok kucing sakit, kesian sangat...


4. Berikan 1 tajuk atau perkara atau isu yang dapat membuatkan Kadangkala Diam Itu Adalah Lebih Baik lebih mantap, lemak berkrim dan di sukai ramai.

Kadangkala diam itu adalah lebih baik dari berkata-kata...heh3..

5. "Saya mengharapkan Kadangkala Diam Itu Adalah Lebih Baik
...akan lebih mantap dan terus dengan cerita-cerita kucing, masyarakat sekeliling yang membuatkan otak kita berfikir bahawa kita bukan hidup bersendirian agar kita menghormati perasaan orang lain dan juga makhluk di muka bumi ini. Aku juga mengharapkan si Tedi akan terus bersemangat seperti tulisan-tulisannya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...