Sunday, February 28, 2010

Kemana Shero??



Kalau TEDI sedih dengan Dak Oyennya yang menghilang dan PAPA MEOW gusar dengan ketiadaan Tiger, kini aku faham perasaan itu..Shero pula tak balik lagi. Dia tak pernah keluar dari kawasan rumah. Aku takut dia sesat tak tahu jalan pulang. Atau dia cedera akibat gaduh dengan Taiko. Atau ada orang sudah kidnap dia..Macam-macam aku fikir..

Pagi tadi Shero panjat gril sliding door sebab nampak Taiko kat luar. Dia gaduh ngan Taiko , aku tak nak kacau sebab takut Taiko lari Shero akan kejar. Tapi rupa-rupanya Taiko lari juga dan dikejar oleh shero. Aku dah tak nampak bayang Shero pun. Aku pusing satu taman tapi tak nampak bayang dia pun. Tengahari pusing lagi...tak ada juga...Shero baliklah...Aku harap petang ni dia akan pulang...


Saturday, February 27, 2010

Manusiakah itu???

Sekali lagi kita didedahkan dengan kisah yang menyayat hati. Kisah penderaan kanak-kanak, adik Syafia Humairah. Di manakah sifat-sifat kemanusiaan seorang insan yang sanggup menendang dan mendera insan kerdil yang tak berdosa dan tak mampu membalas balik perbuatan itu. Peringatan kepada kaum ibu dan aku sendiri peliharalah anak-anak dengan baik kerana itu adalah amanah dari Tuhan. Ya Allah, Kau tempatkanlah adik Syafia bersama orang-orang yang beriman, cucurilah rahmatMu ke atasnya.

Tak sanggup rasanya membaca dan melihat kisah ini didedahkan di media..Manusia sekarang sudah hilang pertimbangan akal warasnya. Dari kisah pembuangan bayi, penderaan kanak-kanak, bunuh ayah, tikam isteri dan macam-macam kisah yang menunjukkan betapa hilangnya sifat manusia pada seseorang manusia..ahh bukan manusia lagi kalau syaitan sudah menakluki hati dan fikiran. Ya Allah, Kau berilah balasan yang setimpal dengan perbuatan yang dilakukan oleh manusia sebegini agar memberi pengajaran buat dirinya dan insan lain..

Adakah peristiwa sebegini menandakan kita sudah dipenghujung jalan?? Manusia tiada sifat insani lagi. Dosa dan maksiat di sana sini. Aku sangat takut...takut pada azab Allah. Takut untuk melihat anak-anak membesar dalam dunia sekarang. Ya Allah , Kau lindungilah keluargaku dari sifat-sifat syaitan ini, peliharalah anak-anakku dalam landasan agamaMu yang suci.


Friday, February 19, 2010

Awasi Anak2 Kita

Sedih bila baca berita tentang kanak-kanak yang mati lemas dalam baldi. Sebagai seorang ibu cerita macam ni memang sangat menyentuh perasaan, apatah lagi mangsa adalah kanak-kanak kecil. Sekadar nak berkongsi cerita dan pesanan pada diri sendiri agar sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak.
Kadang-kadang kita terleka dan lupa bahawa anak-anak kita sangat aktif dan suka mencuba segalanya. Memang soal ajal maut ditangan Tuhan tapi kita juga harus sentiasa berwaspada. Andaikata segalanya telah dilakukan dengan baik dan terjadi juga perkara tak baik, tentu ada yang lebih baik buat kita...Allah yang lebih mengetahuinya...apa pun takziah untuk keluarga kanak-kanak tersebut dan pada ibu bapa yang lain moga ianya menjadi pengajaran buat kita agar sentiasa mengawasi anak-anak..

Wednesday, February 17, 2010

Kek Pisang Marble

oleh kerana pisang pemberian pak aku haritu masih banyak lagi (pisang berangan) dan anak2 aku pun dah tak mau makan maka aku pun cuba reka masakan yang dah biasa sangat iaitu kek pisang . Cuma aku buat variasi sikit dengan buat belang 2 ala kek marble gitu. Kalau nak cuba boleh cuba...member kat sekolah dah rasa...

Resepinya:
5 biji pisang dilecek (pisang apa pon boleh)
1 ketul butter(250g)
1 1/2 cawan gula kastor
4 biji telur ayam
2 cawan tepung diayak bersama 1 sudu kecil soda bikarbonat/baking powder
1 sudu besar serbuk koko

Cara-caranya:
1. Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul
3. Masukkan tepung yang diayak, gaul sebati
4. Bahagikan adunan 2 bahagian, 1 bahagian masukkan serbuk koko.
5. Masukkan adunan selang seli ke dalam dulang pembakar.
6. Bakar pada suhu 180 degree selama sejam / sampai masak
selamat mencuba...

Tuesday, February 16, 2010

Projek Recycle 2

ni la projek recycle aku yang kedua..cat bed..
bila aku letak tessa terus tido kucen ni...

kacau dia tido...aku letakkan comot..
dia tak marah tapi siap peluk pulak si comot tu


bila comot dah blah.. dia grooming ..lepas tu...


sambung tido balik...tak sia-sia aku buat...
aku buat guna sweater lama yang dah berkurun tak pakai ,tengok dekat web ada buat cat bed guna sweater aku pun try la...jimat lagi kan...nak tau caranya klik SINI

Saturday, February 6, 2010

IBU RATU HATIKU...



DARI PUTERI HATIKU NUR NABEEHA...

Friday, February 5, 2010

Dia Dah Macam Harimau


Terdengar bunyi mengaum ala-ala kucing kat luar. Bila dijengok rupanya dia ni..Rain(singkatan Oren). Dah besar dan gemuk dia, dulu ingat lagi masa dia baby dok tumpang menyusu dengan kucing yang beranak kat rumah aku(Kaka-bukan kucing aku tapi kucing jiran). Masa tu Rain memang ligat walaupun mulanya Kaka tak mau bagi tapi dia redah jer..sehinggalah Kaka yang konfius ingat anak dia..siap jilat lagi..Rain memang kuat makan. Adalah dalam sebulan Kaka dan anak-anaknya serta Rain dok kat rumah aku. Lepas tu dia dah angkut bawa balik ke rumah tuan dia kot. Aku tak pasti ler, tapi Rain selalu gak aku nampak.

Tengok la dia dah besar dan dah pandai mencari awek..Tu nak mengorat Tessa la...
Budak-budak ni dok intai dia pulak!!..


Hensem tak saya???
Awek2 kat sini bawah umur lagi da... cari kat tempat lainlah dulu...

Thursday, February 4, 2010

Kepentingan Suratkhabar


Kenapa aku rajin beli paper??..nak baca berita terkini???
ohh boleh baca di internet secara online
tapi kenapa aku beli jugak??
sebab beli di sekolah lebih MURAH hanya RM1.00 sahaja..
tapi itu bukan alasan yang kukuh untuk aku berbuat demikian
SEBABNYA adalah...

aku nak buat projek recycle..nak hancurkan suratkhabar lama
mungkin projek pendidikan seni..
tapi aku tak ajar pend seni...
dah jadi camni pulak..tunggu ajelah
dalam bungkusan ni apa pulak?? oo aku keringkan suratkhabar yang dihancurkan tadi menggunakan mesin basuh!
lepas tu aku jemur tengah panas
nampak bayang2 tengah ambil foto..

inilah hasil projek aku...
sebenarnya untuk dijadikan pasir kucing untuk melepas!!!
yang penting aku dapat jimatkan lagi perbelanjaan..
tu pun kalau aku masih rajin untuk meneruskan projek ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...