Sunday, January 31, 2010

Bangun Dari Tidor Yang Panjang...


Kenapa aku bagi tajuk entry kali ni macam tu??? sebab breadmaker aku dah lama tido...jadi hari ni baru aku bangunkan dia semula dengan resepi potato bread atau dalam bahasa melayunya roti kentang.OOoo resepinya dulu yer..:

ROTI KENTANG:
2 biji kentang direbus dan dilecek
4 cawan tepung gandum
1/2 cawan air sebiji telur
1 sudu besar yis segera (mauripan pun boleh)
1 sudu kecil bread improver
1 sudu kecil bread softener 4 sudu besar gula
4 sudu besar susu pekat
3 sudu besar butter
1 sudu kecil garam


Cara-caranya:
Masukkan semua bahan dalam breadmaker. Pastu tekan program 10.


Sampai dah jadi camni biarkan naik sekali ganda..


Pastu bolehla dibentukkan dan dibiarkan naik sekali ganda lagi


Kemudian letakkan krim kastad atasnya dan bakar selama 15 minit 180degree

Dah siap..keluarkan dari oven

Sapukan butter supaya berkilat dan cantik, menarik dan tertarik...

Tada...inilah hasil masakan aku di petang Ahad ni buat minum petang...

Kenny Rogers Nangis Lagi


Pagi ni rasa nak masak ayam panggang with side dish ala-ala Kenny Rogers gitu. Malam tadi dah perap ayam. So sekarang ayam tengah bakar dalam oven. Sementara tunggu ayam masak buat side dish dulu..garlic parsley potato..




Lepas tu buat coleslaw pulak....


dah siap simpan dalam peti ais sebelum menghidang...

Buat Chicken Gravy lak...





Ayam dah masak...


Hidang sedia utk dimakan...mmm......



Dah habis licin...Tak payah pergi Kenny Rogers..jimatkan...

untuk resepi ini boleh cari kat ruangan resepi aku..

Saturday, January 30, 2010

Petang yang Mendebarkan


Mula-mula keluar. Tempat yang shero paling suka perdu pokok serai wangi.


Dah mula bergerak , jumpa bini dia kejap.(Tompok) . Minta izin kot...


kat depan..nampak cute pulak Shero kat sini..dah pusing keliling umah semua tempat dah dispray dan dah bau hancing..sabau jer...


lepak kat keta jap...


sempat ambik pic anak dara dulu..Nur Nabeeha


Nabeeha n Nur Iman main layang-layang


pegi kat sini balik...

lepas tu Shero masuk celah pokok kantan dan aku tengok dah terlepas keluar pagar.Alamak macam mana boleh bolos ni?? dah panik tak sempat dah nak ambik gambo. Dia terus lari kat umah belakang. Aku suruh anak-anak aku Hisham n Ameerul pergi kejar dia..Ohh tidak dia dah hilang dari pandangan aku...

Tak lama kemudian Shero berlari balik ke rumah sambil dikejar anak-anak aku..Fuhh nasib baik..Akhirnya dia masuk ikut pintu pagar sebab kepala dia tak muat nak susup celah-celah pagar..hehe..Pastu terus masuk dalam rumah dan masuk dalam sangkar dia tanpa di suruh...Kuss semangat kalau dia terus menghilang tak tau nak kata apa..


Dah penat...mulut ternganga..tapi pandai masuk tempat dia..

Antara Kucing Terbiar dengan Kucing Komersil


ni gambo hiasan takde kena mengena dengan cerita ni..(tapi ni pon asal kucen terbiar gak)

Dah lama tak update blog ..dah seminggu kot yelah hari-hari sekolah, petang ada aktiviti koko pulak...emm nasib baik hari Sabtu tak kena pegi sekolah dah lama tak rasa nikmat cuti hari Sabtu camni. Eh dah terkeluar tajuk lak, aku nak cerita tentang kucing bukan sekolah ler. Selalunya bila hujung minggu ni aku akan pegi pasar untk beli barang-barang keperluan nak masak ler. Di pasar memang banyak kucing-kucing terbiar ni. Kalau mampu memang nak angkut bawa balik , tapi apakan daya hanya mampu melihat jer buat masa ni. Tapi aku tengok kucing kat pasar selalu dapat makanan dari peniaga-peniaga kat situ , contohnya ikan. Kucing kat pasar bebas bersosial.

Selalunya lepas ke pasar aku akan ke pet shop lak beli bekalan untuk kucen2 kat rumah. Pasir ke makanan ke etc. Aku akan selalu tengok kucen2 yang dijual disitu. Ada yang baru sampai, esok pergi dah tak ada dah ada orang beli kot (tak pe la ada juga orang jaga dia). Tapi yang sedihnya bila aku tenngok kucen yang sama gak yang tak ada orang nak beli. Rasa-rasa aku dah hampir setahun kucing tu tinggal dalam sangkar kat pet shop tu..Cuba korang bayangkan life kucing tu hanya di dalam sangkar jer..Masa aku pergi haritu pun dia macam cirit-birit. Habis ekornnya kena najis..kesian sangat aku tengok. Kucing DLH baka persian aku rasa, nak beli??? belum lagi kot(kalaulah aku mampu) yang sekor tu harga RM500 dan sekor lagi RM400. Kalau keadaan kedai tu dan sangkar tu sentiasa bersih tak pe la tapi ni pet shop kat pekan kecil. Korang bayangkanlah ada ikan, ada rabbit, hamster, kucing belum masuk barang-barang keperluan yang lain lagi.

Jadi aku pun terfikir juga nasib kucing di pasar itu adalah lebih baik berbanding kucing komersil ini kalau tiada orang nak beli. Kucing kat pasar bebas bergerak ke sana-sini, bebas bersosial, tapi kucing komersil akan menghabiskan hayatnya dalam cage ajer. Tak dapat berkawan, tak dapat berkejaran, tak dapat berlawan, rutin hidupnya sama saja...Kesian kan...Doakan rezeki aku bertambah agar dapat aku bagi kebebasan pada kucen2 tu ..atau doakan agar ada orang lain yang akan beli kucing2 tu...

Sunday, January 24, 2010

Shero vs Taiko

Petang semalam bawa Shero keluar kat laman rumah. Kesian kat dia asyik berkurung dalam rumah jer. Ye la dah terpaksa, kalau dibiarkan keluar sahih tak nampak dah bayang dia. Mungkin merayau cari kucen betina or dikidnap orang..naya..Jadi dia hanya boleh keluar dengan pengawasan jer...Bila dah dapat keluar tu habis semua rumpun pokok serai aku dispraynyer..nak tanda kawasan dia la tu...Masa dia keluar tu yang lain sibuk dok mengekor dia macam pelik pulak bila Shero dapat keluar. Tiba-tiba ada sekor kucen yang selalu ngorat kucen2 betina kat taman ni..anak aku panggil dia kucing luka (yang sebenarnya dia tempang) tapi aku nak namakan dia Taiko sbb walaupun dia tempang tapi dia memang pandai ngorat n kalau gadoh selalu juara..heh2..
Taiko

Bila dah nampak Taiko tu apalagi Shero pun tunjukkanla kejantanan dia..tapi lawan suara jer tu pun sekor diluar pagar...
Taiko vs Shero (beradu suara)

Tapi yang sekor ni bila aku snap gambar dia nampak macam kat gurun mana la pulak..

Thursday, January 21, 2010

Gelagat KUcing2 Aku

Bulatkan mata dia...
sapa yang menang...
tak nak ngaku kalah...
tengokla sipemalas ni makan camne...
kalau boleh nak makan sambil baring...
Hormat pada yang lebih tua...(bagus..bagus)
Cepat la sikit perut kami dah berkeroncong nih...

Friday, January 15, 2010

GERHANA MATAHARI 15JAN2010













15Januari 2010- Fenomena gerhana matahari dapat dilihat sekitar jam 3.30 hingga 5.30 hari ini.(cewah macam laporan berita lak..hehe ). Petang tadi sempat gak aku mengambil gambar gerhana matahari. Dok terdongak2 la sambil memegang kamera dan negatif filem sebab nak ambil gambar gerhana matahari. Dalam berita kata gerhana annulus (cincin) tapi aku tunggu sampai habis tak dak pun . Mula-mula bulan menutupi matahari dari bawah sebelah kanan, pastu bentuk sabit dan mulai hilang dibahagian atas sebelah kanan gak. Mungkin kat tempat lain kot dapat tengok gerhana annulus ni. Apa2 pun ni la gambar yang aku ambil dan dikongsi bersama keindahan dan keajaiban ciptaan Allah yang maha esa.(Gambar ni ikut urutan kejadian dari bawah ke atas sekitar jam 4.00 petang hingga 5.30 petang)
info tentang gerhana :http://ms.wikipedia.org/wiki/Gerhana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...