Thursday, February 25, 2010

ANTARA AIR MATA SUKA DAN DUKA


Hari ni (Khamis-25 Februari 2010) hari yang mendebarkan buat guru-guru dan pelajar STPM 2009 kerana keputusan akan diumumkan. Tapi kadang-kadang debaran cikgu lebih kencang , naik ke..turun ke..siapa yang dapat A? siapa yang gagal? Persoalan tu takkan lari di fikiran seorang yang bergelar guru tatkala menjelangnya keputusan akan diumumkan.

Pukul 9.30 pagi aku dapat panggilan dari PKT6 menyatakan ada 4 orang yang dapat 3A 1B. 3 daripadanya student aku. 2 orang aku ajar P.Am. Sorang lagi aku ajar Ekonomi, dah tentu susah hati sangat takut2 kalau B itu adalah subjek aku...Fuhh...

Akhirnya PKT6 dah sampai pejabat..Lega sebab subjek aku mereka dapat A. Tahniah pada mereka atas kejayaan yang dicapai. Tapi dalam kegembiraan itu ada juga yang datang pada aku , menangis bila keputusan tidak seperti yang diharapkan. Aduh aku memang tak boleh tengok airmata..hampir menitis juga airmata aku tatkala menenangkan mereka. Perjuangan hidup masih panjang dik..ianya tidak berakhir di sini..itulah ayat yang aku mampu bagi..

Tapi yang begitu menyentuh perasaan aku apabila seorang daripada pelajar yang aku jangkakan akan dapat A dalam Ekonomi datang pada aku dan bertanya "Cikgu saya dapat A tak Ekonomi??" sedangkan aku dah tau keputusannya..aku berkata "buka la dulu cikgu pun tak tau".. Dia terus menangis.. "Kalau cikgu kata macam tu mesti saya tak dapat A kan"...dia terus menangis lagi.."cikgu kenapa saya tak dapat A Ekonomi???bertalu-talu soalan itu diajukan pada semua guru yang berada disitu..."saya dah kecewakan cikgu ekeen"..adus.."tak kamu dah buat yang terbaik cikgu ok jer"...Tapi ayat dia yang buat aku terharu.."Walaupun saya tak dapat A Ekonomi tapi cikgu tetap dihati saya"...Keputusannya ok jer B+..tapi dia sangat kecewa sebab itu adalah subjek kesukaannya...apapun Cikgu tetap sayang kamu semua...

1 comment:

  1. Dapat A itu ada kalanya termasuk pengaruh rezeki juga...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...