Friday, December 25, 2009

Kucing Siapa ni???


Haa..ni la Hemo-hemo, kucing aku aku cadang nak matekan dengan kucing yang aku baru beli tu(sbb mula2 ingatkan betina)...nasib baik belum tangkap hemo-hemo lagi kalau tak mesti dia kata gila pa orang ni ingat aku gay ker..heh3...

Hemo-hemo ni aku tak tau siapa yang punya , mula-mula ingatkan kucing jiran depan /sebelah rumah sebab selalu nampak dia kat situ...tapi satu pagi nampak akak rumah hujung pulak dok dukung dia dan bawak masuk rumah...tak pasti ler yang mana satu tuan dia. Tapi hemo-hemo ni selalu datang rumah aku time kita orang buat BBQ ataupun time aku masak ayam panggang rosemary tu ler...Agaknya baunya mengancam kucing2 kot..sbb tiap kali kita org buat BBQ memang ramai kucing2 yang singgah..tapi dah lama ler aku tak nampak hemo2 ni sejak akak tu bawak masuk rumah dia..ntah2 kena kurung kot..ishk2..tak baik aku bersangka kat orang...

Nak update sikit, pagini nampak hemo2 kat depan umah...maknanya dia tak kena kurung ler..heh3..

Tipah Tertipu...


Anak kucing siam, comet dah mati sebab cirit birit 2 hari lepas. Gambor dia x pula aku ambil dah tanam pon. Ingat tak masa aku kata aku berkenan kitten kat pet shop itu hari??.. dia ada 2 ekor..ingat nak beli la 2 ekor tu...hari isnin lepas husband tanya aku nak beli ker?? aku kata jom ler pergi tengok kalau ok beli ler..tapi aku suruh husband yg pergi tgk..

Lepas tengok dia dtg balik dan kata dah tinggal sekor..kalau nak kita beli yang dah besar ler..warna putih..betina..aku kata ok gak sbb kitten tu kecik lagi memandangkan yg di rumah pon asyik sakit2 takut berjangkit lak..kang tak pasal2 lebur jer duit beli kitten tu..sbb yg kaler putih tu aku ada tengok ok gak boleh buat baka..Dah tokey cina tu kata betina dan dah boleh beranak pon.. kami dok fikir boleh ler mate kan dia dengan Hemo-hemo(opps nanti aku bagitau sapa hemo-hemo tu).

Lepas balik tu mmg dok panggil dia manja...Pagi esoknya aku pun mandikan manja..nak tau apa yang aku jumpa????...hahaha...Dia JANTAN rupanya...terus bagitau kat husband..husband kata kita tukar aje la...rasa sayang pulak dah dekat dia...tapi pergi jugak ler kedai cina tu..mana la tau kot2 ada betina yg cun..aku tanya dia kata kucing tu betina(kaler cream) bila aku check JANTAN gak...apa la tokey ni nak berniaga tapi jantan betina pun tak tau beza...

Alkisahnya manja tu kami tukarkan nama dia jadi SHero..mula2 memang dia penakut habih..asyik nak menyorok jer..sekarang ni dah ok sikit dah pandai minta makanan or minta kuarkan dia dari sangkar(terpaksa letak dalam sangkar sampai dia biasa, kalo hilang nangis wooo...abih duit bonus aku utk beli dia...cam tak cayer lak..)

Sunday, December 20, 2009

Sawan Demam Panas

Terbaca artikel ni kat berita harian online, rasa nak share juga pada sesiapa yg ada anak kecil. Anak2 ni kerap demam jadi kalau diaorang demam kena sentiasa berwaspada. 2 orang drp 4 orang anak aku pernah kena sawan demam ni. Time mula2 kena tu memang panik. Yang no. 2 tu sekali jer jadi tapi Iman jadi berulang..paling risau bila dia demam terpaksa berjaga-jaga..

Nasihat aku pada parents pastikan di rumah anda ada simpanan paracetamol syrup or seangkatan dengannya. Pastikan ada termometer, dan kalau boleh simpan cool fever sekali ye la untuk membantu menurukan suhu badan. Satu lagi kalau perlu simpan juga ubat yang masuk ikut punggunng tu(ada kaler hijau) namanye aku x ingat..tapi hati-hati sebab ada juga paracetamol yg cucuk ikut punggung (plastik dia kaler putih semua) bukan apa takut korang terbagi terlebih dos paracetamol lak...Aku bagitau pasal doktor dah inform kat aku...Ubat ni gunanya bila dah makan paracetamol tapi selepas 2jam suhu masih tak turun dan masih tinggi melebihi 38 baru bagi..kalau tak pasti tanya kat doktor atau ahli farmasi..

Oh ya kalau anak anda dah di serang sawan ni nak buat apa???..first sekali cuba bertenang dan jangan panik...(mau tak panik kan..) tapi cuba la..bila anak demam jangan pakaikan baju..sentiasa jelum dengan air suam(bukan panas)..kalau dia dah jadi jugak mengiringkan dia dan basahkan kepalanya dengan air..banyak2 pon x per..badan dia sekali..kalau terpaksa boleh mandikan terus sampai dia bersuara...pastu selimutkan(sbb dia pasti menggigil)..tapi jgn selimut terus sbb suhu boleh meningkat balik..pastu bawaler ke hospital terdekat.. itu informasi yg aku dapat share kat sini berdasarkan pengalaman yg aku lalui sebagai seorang ibu...ingat KESIHATAN ADALAH SEGALANYA!kat bawah ni ada info berkenaan sawan demam panas yg aku copy paste dari berita harian online

Sawan demam panas

Oleh Hafizah Iszahanid




Jenis biasa atau kompleks kerap dialami kanak-kanak berusia 18 bulan hingga tiga tahun

DEMAM di kalangan kanak-kanak sememangnya masalah yang kerap dihadapi. Namun, apa yang membimbangkan, peningkatan suhu badan yang tinggi secara mendadak boleh menyebabkan sawan demam panas.

Masalah ini secara umumnya berlaku di kalangan kanak-kanak berusia antara enam bulan hingga enam tahun. Bagaimanapun ia lebih kerap berlaku di kalangan kanak-kanak berusia 18 bulan hingga tiga tahun. Pensyarah Kanan dan Pakar Pediatrik, Jabatan Pediatrik, Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia Dr Mohd Rizal Mohd Zain berkata sawan demam panas berlaku disebabkan oleh peningkatan suhu badan yang mendadak.

Ia boleh disebabkan oleh sebarang penyakit yang boleh menyebabkan demam seperti demam selsema, jangkitan telinga, jangkitan salur kencing, jangkitan virus dan lain-lain.

"Faktor genetik juga turut mempengaruhi. Dalam 24 peratus daripada kes sawan demam panas didapati mereka mempunyai sejarah keluarga mengidap masalah yang sama," katanya.

Dr Rizal berkata, dalam kebanyakan kes, sawan demam panas ini hanya berlaku sekali saja. Bagaimanapun 30% kanak-kanak yang terbabit akan mengalami serangan yang kedua dan kurang dari 10 peratus akan mengalami serangan yang ketiga atau lebih apabila demam itu berulang pada masa hadapan.

Sawan demam panas boleh dibahagi kepada dua iaitu sawan demam panas biasa dan sawan demam panas kompleks. Bagaimanapun, sawan demam panas biasa adalah yang paling kerap berlaku iaitu lebih kurang 70 peratus daripada semua kes sawan demam panas. Kanak-kanak yang mengalaminya akan diserang demam dengan mukanya kelihatan kemerahan dengan matanya melihat ke atas atau terbalik.

"Mereka kelihatan lali dan tidak sedarkan diri. Keseluruhan badan akan kejang dan kemudian bergoncang terutama pada bahagian kaki dan tangan. Biasanya ia berlaku untuk untuk beberapa saat saja dan jarang sekali melebihi tempoh lima minit," katanya.

Selepas serangan itu, kanak-kanak itu tertidur dan akan kembali pulih sejam selepas itu diikuti suhu badan yang mulai menurun. Ia juga tidak akan berulang dalam masa 24 jam.

"Sawan demam panas kompleks pula mempunyai gejala yang sama seperti sawan demam panas biasa tetapi mempunyai satu atau lebih ciri tambahan seperti jangkamasa sawan lebih dari 15 minit, berulang lebih dari sekali dalam masa 24 jam, pesakit tidak pulih semula selepas satu jam dan sawan yang berlaku hanya membabitkan sebahagian anggota badan saja," katanya.

Dr Rizal berkata rawatan sawan demam panas cuma memerlukan rawatan sokongan bagi memastikan demam terkawal.

"Selalunya ubat demam seperti 'paracetamol' dan 'ibuprofen' perlu diberi secara berkala. Jika suhu badan terlalu tinggi, membasahkan kepala (berjelum) boleh dilakukan bagi menurunkan suhu badan," katanya.

Biasanya antibiotik hanya diberikan jika demam yang berlaku disyaki berpunca daripada jangkitan bakteria. Bagi kesan jangka panjang, sawan demam panas ini tidak membahayakan dan majoriti pesakit pulih sepenuhnya. Kajian juga menunjukkan masalah ini tidak menyebabkan kerosakan pada otak dan tidak menjejaskan pencapaian akademiknya.

Kejadian sawan demam panas ini biasanya akan hilang apabila kanak-kanak mencapai umur enam tahun. Siasatan lanjut dan penilaian oleh pakar neurologi perlu dibuat jika ia masih terus berlaku walaupun kanak-kanak itu sudah berusia lebih enam tahun.

INFO: Pencegahan Sawan Panas

  • Jika anak demam, usaha turunkan suhu badan dengan segera dengan memberi ubat demam selain berjelum.
  • Ubat demam boleh diberi secara berkala mengikut dos ditetapkan doktor.
  • Pastikan juga anak anda meminum air yang cukup dan elak memakai pakaian tebal.
  • Suhu badan hendaklah sentiasa diperhatikan untuk mengelak peningkatan yang mendadak.

Sangkar Untuk Comot n Comet


Hari ni pergi pasar...bawa Ameerul demam nak g klinik sekali, pastu singgah kedai haiwan. Belikan sangkar buat comot n comet. Kesian tengok diaorang tu dok kat luar umah ndak2 time hujan. Nak bawa masuk leceh lak sbb 2 ekor tu asik cirit birit jer..bontotnyer pun comot sangat. Takkan nak biarkan gitu ajer..kesihatan anak2 aku kenala jaga jugak..

Bila dah ada sangkar ni senang sikit nak pantau keadaan comot n comet ni. Dah ok ker belum.. Tadi kat kedai tu ada kitten baru comelnyer...berkenan aku tengok...heh3..sabor dulu..
tengok comot n comet lepak kat dalam sangkar ni...ok la kot..tapi si comet tu asik mengiau ajer..baru lagi kot..

Saturday, December 19, 2009

aku dan mood...(hentamler..).

hari ni x tau nak wat apa...nak masak resepi baru??hmm x der mood ler...nak wat bahan mengajar...ishhh malehnyer..cuti lak tinggal seminggu jer nak rilex kat umah ni...coz start 28/12 ni dah mula meeting..sure sepanjang minggu tuu...nak pegi bercuti??hmm time cuti niler cik abg nak cari makan...jadi dok melangok kat umah jer la...tengok facebook pun dah bosan...layan blog ni la pulak...
teringat pulak dah lama x menjahit...banyak kain aku yg x berjahit lagi..tapi...malasnyer nak mulakan...apsal x de mood haa....
anak2?..biasa ler budak2 main, makan, gaduh...pastu nangis...menambahkan ketensenan aku lak..heh3..tapi dah biasa...
tengokla nanti....rilex jer la...hmmm..boring toi...

Friday, December 18, 2009

Kek Gula Hangus


Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

Caranyer...
1. Buatkan gula hangus dan masukkan air panas. Biar sejuk
2. Pukul telur sampai kembang
3. Masukkan susu pekat
4. Masukkan tepung dan soda
5. Masukkan esen vanila
6. Masukkan air gula hangus
7. Perap selama 3-4 jam (supaya bersarang)
8. Bakar selama 1 jam suhu 160 oC

Comot dah comel


hmm tengok comot skg dah makin comel pulak...dulu masa baru jumpa dia mmg comot abih..sakit mata n kurus kering. bulu pun x lebat..tapi skg bulu dia makin menyerlah dah nampak semakin cantik. Pipi dia yang bengkak pun dah baik cuma perut dia jer buncit sangat macam kucing pregnant lak...Dah bagi dia ubat cacing harap-harap lepas ni ni ok la n sihat sentiasa...sedar x sedar dah hampir 2 minggu aku jaga dia ni...Tapi dia dan comet masih x nak main ngan tessa...kengkadang kesian gak tgk tessa tu...terpaksalah layan dia main...

Thursday, December 17, 2009

Kek Pelangi


Bahan-bahan:
250g butter
250g tepung gandum
150g gula halus
1 sudu kecil baking powder
4 biji telur
pewarna merah, hijau n serbuk koko

cara-cara:
1. pukul butter dan gula hingga kembang
2. masukkan telur satu persatu dan pukul lagi
3. masukkan tepung n baking powder yang diayak
4. bahagikan adunan kepada 4 bahagian dan masukkan warna.
5. sendukkan adunan berselang seli ke dalam loyang yang disapu butter
6. bakar dalam suhu 160 oC lebih kurang 1 jam

Hari Terakhir Seekor Anak Kucing-TOMPOK


17 disember 2009...pagi2 aku cari tompok kat luar rumah tapi tak jumpa..akhirnya aku terjumpa dia terbaring kat bawah rak pinggan lama belakang rumah..ambil dia bagi mandi n makan ubat .Bagi dia minum susu tapi badan dia sangat lemah..bagi dia lepak kat luar umah alaskan kain...
pukul 1.00pm tengok dia mcm dah tenat sangat terbaring tepi longkang...beraknya air n dikerumuni lalat..sedih sangat tengok dia mcm2..tapi aku dah buat yg terdaya...pukul 2.00pm tgk dia masih disitu n masih bernafas cuma x leh bangun langsung..aku bagi dia air sikit...tapi dah x der reaksi pon..2.30pm tengok dia dah tak bernyawa..dah sejuk n keras...kalau itu yang terbaik untuknya aku pasrah...aku ambik dia n tanam kat belakang umah..entah kenapa time timbuskan dia rasa sebak didada...waaa...x sampai seminggu aku jaga dia..ingatkan dia boleh jadi sihat n cergas..Tuhan lebih mengetahui...

Tuesday, December 15, 2009

Black Pepper Steak


Bahan-bahan:
Daging bahagian batang pinang ke tenderlion/rib eye/apa2 yg ok ler
Sos lea n perrins ws
lada hitam
bawang putih
sedikit garam

Perapkan daging dengan bahan2 diatas 4-5 jam
Bakar hingga masak tapi jgn terlebih masak(kering sangat x sedap)

Sos : sama macam sos ayam panggang rosemary cuma tambah/lebihkan lada hitam.
Side dish: ikut suka korang ler

Monday, December 14, 2009

Comet kucing Ameerul


ini kucing saya. Namanya Si Comet. Dia kucing kesayangan saya. Saya jumpa dia di tepi rumah.Dia berwarna putih.Matanya berwarna biru.

Comot sakit pipi


pipi comot bengkak xtau kenapa...nak bawa g klinik ntah bila...tapi tgk skg dah makin surut..lagipun dia makan ok jer sampai perut buncit..heh3..kalau x ok gak kena la bawa klinik..

Si tompok pula...

Ni pula Tompok...jumpa kat pasar...asalnya memang berniat nak ambik kucing yang nampak aktif sket utk bagi kawan ngan tessa tapi lepas ternampak tompok dok termenung jer terus ambik dia...mmm memang kering badan dia nasib baik bulu jer lebat so cover la sket...baru 2 hari bela dia...tompok masih x aktif..tapi makan ok jer...

Tart Buah

Bahan-bahan
250g butter
120g gula icing
2 biji kuning telur
440g tepung gandum(ayak)
1 tsp esen vanilla

Inti kastard
4 tbsp tepung kastard
8 tbsp gula kastor
2 cwn susu cair/segar
sebiji telur
1 tbsp mentega

Hiasan: Peach, kiwi,angggur, strawberi or ape2 jer yg korang suka

Cara-cara:
1. Adun semua bahan menjadi doh, canai setebal 5mm
2. tekapkan doh atas acuan tart, cucuk dengan garpu di tengah doh
3. Bakar suhu 175oC selama 20 minit, keluarkan dan biarkan sejuk.

Inti :
1. Campurkan semua bahan dan kacau atas api kecil sehingga kental.
2. Masukkan tart dalam paper cup dan masukkan inti kemudian hiaslah dengan buah2an.

Coleslaw

Bahan-bahan
karrot
kobis putih n purple (tp kali ni x der purple ler)
coleslaw dressing(ada jual kat pasaraya berlambak)

campurkan jer semua bahan tu n simpan dalam peti ais sebelum dihidang

Garlic Parsley Potato



Bahan-bahan:

Kentang dipotong dan rebus
Butter with garlic
parsley

Cara-cara:

1. Toskan kentang yang telah direbus
2. Masukkan butter dan gaul sebati
3. Taburkan serbuk parsley

(alamak apsal gambar x boleh upload ni...nanti update lain erk) dah berjaya pun..

Sos Ayam Panggang


Bahan-bahan
3 cawan air
4 sudu serbuk sos perang(brown sauce) gambar akan disertakan
cendawan butang
Lebihan bahan perap ayam panggang(rujuk ayam panggang rosemary)

Cara-cara
1. Tumis lebihan bahan perap ayam(jangan guna minyak lagi sbb dah ada olive oil)
2. Masukkan air dan serbuk sos perang - kacau bagi tak bergentel
3. Masukkan cendawan
3. Kacau atas api perlahan hingga sos pekat

Ayam Panggang Rosemary



Bahan2 ayam panggang:
Ayam sekor (basuh n bersihkan) boleh juga potong 4 kalau nak
sebiji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
2 sudu makan lada hitam*
tumbuk bahan bertanda *
sedikit garam
sedikit serbuk rosemary
sedikit serbuk oregano
sos lea n perrins ws
olive oil

Cara2:
1. Perap ayam dengan bahan2 di atas 4-5 jam atau semalaman(dalam peti ais)
2. Bakar ayam lebih kurang sejam atau hingga masak suhu 260 oC
3. Boleh dihidangkan bersama sos perang dan side dish yg lain...(tgk ler resepinyer)

aKSI Tessa masa kecil

Saturday, December 12, 2009

Anak kucing Terbiar

2 ekor anak kucing siam yanng dijumpai oleh anak2ku...Kesian tengok anak2 kucing ni yang kurus kering duduk dalam lubang longkang depan rumah...aku ambik dan bagi mandi n makan...tapi kucing ni dok kat luar rumah ler...makan hari2 bagi..ni gambar dah seminggu bagi makan kalau tak lagi kurus kering...

TESSA SELEPAS SEBULAN

ni gambar Tessa sekarang( dis 09) . Dia suka sangat dapat masuk dalam kotak ni...

TESSA THE KITTEN


Ni anak kucing yang aku jumpa di pusat bandar...tengah bermain -main dengan adik beradiknya lagi dua ekor.Rasa berkenan lak ngan si comel ni lalu aku pun ambik ler dia bawak balik rumah dan pelihara sampai sekarang lebih kurang sebulan dah. Tessa sangat aktif dan suka bawa masuk daun-daun kering ke dalam rumah. Yang best nya bila aku panggil jer terus dia datang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...